Imam Ibnu Asakir, Imam al-Khatib dan Imam al-Hafiz al-Mizzi meriwayatkan sebuah hadis yang berbunyi: "Apabila akhir umat ini melaknat (generasi) awalnya, maka hendaklah orang-orang yang mempunyai ilmu pada ketika itu menzahirkan ilmunya, sesungguhnya orang yang menyembunyikan ilmu pada waktu tersebut seumpama seseorang yang menyembunyikan apa yang telah diwahyukan kepada (Sayyidina) Muhammad SAW!!!"

Friday, February 27, 2009

Masalah Tidur

Aku sangat bermasalah dengan tidur ni.. aku yakin sape2 pn ade masalah yg sama. so aku post artikel ttg masalah tidur. hehe... jom sama2 amik maklumat..

Masalah tidur merujuk kepada keadaan apabila seseorang itu sukar untuk tidur, tidak dapat tidur nyenyak pada waktu malam, sentiasa merasa mengantuk walaupun tidur selama 8 jam atau lebih, sering terjaga terlalu awal, sering tersenguk-senguk walaupun dikhayalak ramai, dan tidak dapat menumpukan perhatian ketika melakukan sesuatu pekerjaan. Masalah ini akan menyebabkan anda berhadapan dengan keadaan yang berikut :-
  • Mempunyai mata yang bengkak disebabkan kekurangan tidur.
  • Sering merasa letih dan tertekan pada waktu pagi dan malam.
  • Sering tertidur ketika berada dikhayalak ramai.
  • Kurang aktif dan kurang mempunyai hubungan sosial.
  • Sukar untuk menumpukan kepada isu yang dibincangkan dan fikiran sering merawang kepada pekara lain.
  • Sering mendapat masalah kesihatan seperti kejang otot, sakit perut, pening, dan lain-lain.
  • Sukar tidur, sering terjaga malam, atau terjaga terlalu awal.
  • Takut waktu tidur kerana risau susah tidur.
  • Mudah tersinggung.
  • Mengambil ubat-ubatan dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
  • Sering menggunakan rokok, alkohol, ubat untuk menenangkan diri sebelum tidur.
  • Ketagihan kepada ubat penenang.
Jenis-jenis masalah tidur.

Jenis-jenis masalah tidur yang biasa didapati adalah seperti berikut :-

  1. Insomnia
  2. Berdengkur dan Apnea
  3. Narcolepsy
  4. Sindrom Kaki Resah (Restless Leg Syndrome (RLS))
  5. Masalah Pergerakan Anggota Berkala (Periodic Limb Movement Disorder (PLMD))
Akibat kurang tidur

Walaupun selama ini masalah tidur tidak dianggap sebagai masalah yang besar, kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa masalah tidur boleh membawa kepada masalah jantung. Dalam satu kajian dari tempoh 1996 sehingga 1998, dan diterbitkan dalam journal "Occupational and Environmental Medicine" keluaran Julai, terdapat bukti bahawa risiko mengalami serangan jantung berganda bagi mereka yang bekerja lebih daripada 60 jam seminggu dan tidak tidur seperti normal. Kajian itu membabitkan 260 lelaki berusia antara 40 - 79 tahun yang dimasukkan kedalam hospital disebabkan serangan jantung kali pertama. Kajian tersebut turut membabitkan kumpulan kawalan seramai 445 orang seusia tanpa penyakit jantung.

Kesemua peserta kajian menjawap soalan berkenaan jam bekerja seminggu, hati rehat, masa tidur harian untuk bulan lalu dan selama tahun lalu. Potensi risiko sakit jantung terperinci seperti gaya hidup, berat badan, dan kesihatan diri seperti darah tinggi, ketinggian kalesterol, dan kencing manis (diabetes).

Kajian mendapati lebih panjang waktu bekerja berkait dengan lebih sedikit hari rehat, dan lebih pendek waktu tidur termasuk waktu tidur kurang daripada 5 jam dalam kedua dua kumpulan. Bagaimanapun mereka yang ada sakit jantung bekerja lebih lama, kurang tidur, dan tidur kurang daripada lima jam lebih kerap berbanding mereka yang dalam kumpulan kawalan. Mereka yang bekerja melebihi 60 jam seminggu menggandakan risiko sakit jantung berbanding mereka yang bekerja 40 jam atau kurang seminggu.

Bagaimanapun pengkritik menyatakan kajian itu didasarkan kepada soaljawab peserta yang mungkin tidak dapat meningati dengan tepat tempoh mereka bekerja dan tempoh mereka tidur untuk setahun yang lalu. Selain itu, kajian dengan menggunakan tikus yang tidak dibenarkan tidur sehingga mati tidak menunjukkan sebarang kelainan pada jantung tikus tersebut. Kemungkinannya gabungan kurang waktu tidur dan kuat bekerja, meningkatkan tekanan darah dan kadar degupan jantung, mengakibatkan jantung tidak berfungsi dengan normal.

Oleh itu adalah penting bagi anda untuk menjaga tidur anda. Pastikan anda mendapatkan tidur yang mencukupi setiap malam. Sekiranya anda mengalami masalah tidur yang berpanjangan, sila rujuk kepada doktor untuk mendapatkan rawatan.

Rujukan

http://www.vcu.edu/sleepwell/disorders.html
http://www.prohealthnetwork.com/library/showarticle.cfm/ID/428/e/1/T/Health/

Wednesday, February 25, 2009

boyah ,genduk, boroi atau bahasa saintifiknye buncit


Salam... smakin hari smakin kuchoh jiwa aku..Ha ha ha.... 1 lg post pelik dari ambo.... tiba2 jah aku teringat tahun lpas (24 nov 2009 kot) budak2 pembaca library keluarkan perkataan tu yakni "abe napok kohor2 nak bucik doh loni..". Jadi atas dasar prihatin aku pun nak berkongsi topik nie dengan anda semua.


Adakah anda boyah?? Boyahh tu boroi laa.. terus aku berusaha turunkan rasa Kuchoh aku tu.. Secara jujurnya aku memang seorang yang slim melimmm.. tp..sejak makan tidur,makan tidur... terus menghampiri buncit.. Tapi mmg takdelah dalam kritikal sangat.. Walaubagaimanapun setelah ditimbang didapati angka masih menunjukkan ke angka 69 kg (tinggi 171 cm).. So masih takde perubahan. Walaubagaimanapun target aku untuk mencapai angka 65 kg masih belum mendekati sasaran. Nampaknya aku akan cuba untuk menggunakan pendekatan bodoh yg membawa kehancuran seperti berikut hahha:-

1) Sarapan sedikit/tak makan langsung sebelum ke tempat kerja(biasenyo singgah kedai playan tamkedarah nasi blauk pagi)

2) Pergi ke opis dalam keadaan berlari2 anak atau berjalan kaki (kereta haruslah dijual)

3) Makan malam dalam kuantiti sikit… Ni agak susah sikit.. Huhuhu..

4) Buat kerja2 mengeluarkan peluh pada hari cuti..
Anda ada pendapat atau cadangan bolehlah komen..

5)Bersenam robik bersama-sama dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia (TV1)

Pegi ke idea nombo 2. Masih dengan topik boroi..

aku kuchoh n konfius sbenarnya... Adakah orang yang buncit tidak menarik??Adakah dengan perut buncit akan mengurangkan kadar kehenseman atau keanggunan seseorang?? (aku sgt musykil dengan Ikmal Hisham walaupun keadaan begitu,tetap dikelilingi awek)
aku tak tau nak komen… Cuma kalau dilihat dari persepsi orang ramai memang orang boyah aka boroi nie sering ditertawakan.. Wallahualam…
aku ado selalu mendapat maklumat bahwa ramai org yang akan menjadi buncit bila berkahwin.. Ye ker??? Kalau ikut pengamatan aku...... memang ada benarnya tapi kalau pengalaman.. Eh saya mana ada pengalaman lagi.. solo molo maaaa ... hayyaaa... Lagipun dah memang buncit pun skit2... … ha ha ha….

p/s : cuba bayangkan bakal bini kita nt...... boroi... eiii.. geli...
ekekkeeke kuchoh molekk

Monday, February 23, 2009

sedih nyo...


Assalamualaikum.. Entah bakpo beberapa hari ini aku agak sedih n bersentimental sikit.. juga kadangkala tiba-tiba je datang perasaan sedih dalam diri ini…menyampah betul la...
Sedih bukan sebab tengok cerito ‘ Hindustan’ n bukan juga sedih kerana ditinggalkan kekasih.. Dan kesedihan itu tidak pula menyebabkan terkeluarnya ‘air mata’ yang membasahi pipi..
CUma ianya wujud dalam hati yang sedikit sebanyak mengundang persoalan kepada diri sendiri .. kenape aku harus bersedih?

Meh aku info dulu gapo itu "sedih" .. Walaupun aku bukanlah pakar mahupun terrer tapi aku akan cuba definisikan tentang sedih berdasarkan pengalaman aku as a librarian..

Sedih merupakan salah satu eksperisi diri dalam sesuatu individu selain dari keadaan ‘gembira’, ‘marah’ ,’terkejut’ dan sebagainyo.. Memang la perasaan sedih tu timbul akibat sesuatu insiden yang boleh menyebabkan hati tersentuh..chewahhh! sambung balik,sebagai contoh seperti ‘kehilangan seseorang’, ‘melihat nasib malang’ dan sebagainyo..Bagi manusia kesedihan adalah sesuatu yang normal n x semestinya ia berlaku pada wanita atau individu yang sensitif sahaja.. Ianya pasti akan dirasai oleh setiap orang kecuali hati yang terlalu keras sajo..

Sebenarnya ada perkara-perkara yang menyebabkan kesedihan timbul dalam diri kito.. Walau bagaimanapun kesedihan itu cuma ado dalam diri sajaa.. Apa jua cabaran akan diharungi walaupun diakui hidup ini penuh dengan berbagai pancaroba,.. hehe tapi kepada kawan-kawan semua diharapkan jangan la risau, tiada apa2 yang berlaku cuma perasaan sedih timbul bila mengenangkan masa-masa berlalu…. Masa yang ditinggalkan yang tak berjaya digunakan sebaik mungkin.. tul x?

Perasan.. (dalam bahaso kelate PERASEY)


Apokah yang dimaksudkan dengan "perasan"? Perasan merupakan satu perasaan yg timbul di atas sebab-sebab tertentu.. Dan perasan ini biasanya akan menganggu emosi individu yang perasan ni.(ikut kamus la)

Selain dari perasaan perasan yang timbul dalam diri, ia juga mampu mewujudkan perasaan tidak senang hati pihak tertentu terhadap individu yang perasan ni..
Pernahkah demo smua mengalami perasaan perasan nie? kawe yakin mungkin demo2 mengalami perasaan ini dan bagaimanakah demo mengawalnya? Seperti yang dimaklumkan, perasaan perasan ini boleh menyebabkan individu perasan ini dipandang serong.




Sebagai contoh, individu yang perasan yang dirinyo cantik/comel/hensem (supo kawe ni)hahahahha mungkin akan mengawal pergerakan mereka ( konon kontrol lawa/hensem ) dan orang-orang berdekatan akan menyampah terhadapnyo..
Betul dok!!?? Walaubagaimanapun ado jugok perasan yang positif. Jika demo smua perasan yang demo tidak mampu untuk meneruskan sesuatu perkara, demo boleh cepat-cepat berhenti dan meneruskan perkaro lain yang lebih bermakno..
Perasan yang wujud dalam diri kito ni adalah normal. Tanpo perasan, kito akan menjadi seorang yang kaku dan hanyo meneruskan perjalanan hidup tanpo sesuatu yang bermakno.
Pada kawe, kito perlu perasan yang positif dalam diri kito. Mungkin perasan yang kadangkala ditafsirkan negatif seperti perasan bagus perlu diwujudkan dalam diri, cuma perasan bagus tidak perlu dicanang-canangkan kepado orang..


Cukup perasan bagus pada diri kito. He he he..

Kawe nak tukar sikit tune yang lebih santai. Pernahkah korang mengalami situasi perasan yang memalukan??? Sebagai contoh seseorang memanggil orang lain tetapi demo berperasan yang orang itu memanggil demo lebih-lebih lagi orang yang demo kenali..
He he he.. Pasti merah myalo kan kalu keadaan terjadi pado demo.. Kalu kes ini tjadi, bagaimanakah caronya untuk demo meng’cover’ tahap malu demo tu??? Berdasarkan pengalaman kawe, kawe akan buat-buat sedikit bodooo..
… Secara amnya kawe memang banyok mengalami keadaan perasan yang memalukan selain kes salah orang nie,. Tapi rasonyo cukup itu sajo kes perasan yang kawe ingin kongsikan..
Bagaimano pula dengan demo?? Mesti ado cerita pasal perasan kan?? Bolehlah kongsi di sini sama ada yang lawak, sedih dan sebagainyo…
Okay selamat meninggalkan komen di blog yg bodoh ni…

chaooo...

Sunday, February 22, 2009

RINDU ?? stop it..!!!!


kawe yakin anda semuo biaso mengalami perasaan rindu terutamanya apabila demo bersendirian.. Bagi mengelakkan perasaan rindu ni kawe usha n mendapat beberapa tips ini :-

praktik molek dehhh!!


a) Jangan terlalu kerap menghubungi individu yang dirindui. Ini bagi mengurangkan tahap sayang terhadap individu terbabit..


b) Sentiasa menyibukkan diri dengan aktiviti luar.. Dengan melakukan aktiviti luar sedikit sebanyak kerinduaan terhadap seseorang itu dapat dikurangkan.


c) Terdapat juga kes-kes mereka yang merindui orang yang telah pergi meninggalkan diri.. Kita seeloknya patut lebih realistik dengan kehidupan.. Cuba-cubalah mencari rakan-rakan yang baru bagi menggantikan yang telah pergi..


d) Bagi mereka yang belajar di luar negara sudah semestinya rindu pada kampung halaman menjadi sesuatu yang tidak dapat dielakkan.. Banyak-banyakkan berjalan dan melihat dunia ciptaan ALlah yang luas ini.


e) Berdoa dan sentiasa ingat kepada Tuhan. Bagi yang beragama Islam amat-amatlah digalakkan untuk beribadat samada solat, membaca Al-QUran, berdoa dan sebagainya. Ini sudah semestinya cara yang efektik dan sentiasalah merinduiNya… AMIN..


f) Mencari hobi yang mampu mengisi kekosongan perasaan rindu.. Anda boleh mencuba banyak hobi seperti melukis, menulis, origami dan sebagainya..

Harap-harap kito samo-samo mendapat manfaat dari apa yang ditulis.. cukup la duk kuchoh jiwo duk ngingat ore lain.. Sekian, salam rindu.. He he heh.. Terjiwang hari ni wakakakakkakkaa.. (aku sdiri malu tgk blog aku ni..)

ambo kalih "kuchoh"..


Assalamualaikum dan salam sejahtera…
skng ni sekadar cuba untuk mendapatkan pandangan anda semuo.. Saja cuba untuk men’jiwang’kan diri… Huhuhuhuhu..dah penat kononnya "ganas"..huhuhu..

x po.. bg sesapo yg agah "kuchoh" jiwa dan raganyo...di sini sayo pacakkan beberapo tips dan cara-cara yang lebih praktikal yang perlu kito lakukan bagi mengelakkan masalah terhadap emosi diri yg kuchoh… Okay berikut merupakan cadangan sayo :-

1. Tidor la .. Ala dari layan perasaan tu baik kito tidur je laa.. Dah orang tak suka nak buat camne…

2. Buat kerja dan fikirkan cara untuk mendapat duit bijok gok..

3.Berkawan dengan binatang peliharaan.. Kucing, kambing, ikan (loni gilo ikan plakat n halfmoon), cacing dan berbagai lagi (jauhi babi n anyim)..

4. Sentiasa mengingatiNya yakni ALLAH.. Sepatutnya ini yang pertama tetapi biasalah manusia sentiasa lupa.. tmasuk kawe.. adessss.. nauuzubillahiminzaliq..

cmner pula dengan demo semuo?? Pasti ada cerita disebaliknya kammm??

5 MITOS YANG LELAKI PERCAYA TENTANG WANITA



- KENAPA MEREKA SALAH

1. Wanita Tidak Pernah Puas Hati - Hakikatnya: Wanita sentiasa mahu perbaiki keadaan supaya lebih baik.

* Yang sebenar2nya tentang Mitos 1... Wanting to make things better is not the same as never being satisfied with anything. Katakan anda menyuruh seorang teman pejabat memperbaiki laporan atau sinopsis kerjanya, sedikit pembetulan, di sana dan di sini, tetapi ini tidak bermakna yang anda tidak berpuas hati dengan kerjanya, bukan begitu? It's the same with the women-Hanya kerana wanita mahu sesuatu yang lebih baik, diperbaiki, dilebih sempurnakan, it doesn't mean we are impossible to satisfy. Tetapi satu yg harus saya akui dpd beberapa komentar yg dipungut dpd teman2 wanita, mereka mengakui, apabila tiba kpd intimate relationship, mereka tdk mudah dipuaskan sebagaimana lelaki. Mengapa? Kerana saya percaya, standard emosi wanita lebih tinggi dpd lelaki. Kerana itu jugalah dpd sebesar2 perkara sehinggalah kpd sekecil2 perkara, ia sentiasa berada dlm perkiraan wanita. Lelaki harus ingat, wanita memang suka melakukan detailings. Bg lelaki detailings menyusahkan. Bg wanita, detailings itu menunjukkan komitmen, malah memperindah perhubungan. Apa yg harus lelaki ingat, apabila wanita mencadang atau menyuarakan satu2 perubahan dlm perhubungan, wanita sebenarnya BUKANNYA merungut, atau mengkritik. She's expressing her commitment to making the relationship the best it can be. Soalnya, kenapa lelaki selalu m'gunakan mitos ini apabila mencari kesalahan wanita? Jawapannya mudah saja: kerana lelaki m'gunakannya sbg alasan utk tdk m'pedulikan kehendak wanita, dan mengelak dpd melihat kesalahan sendiri!

2. Women Are High Maintenance - Hakikat : Intimate relationships are high maintenance

* Yg sebenar2nya tentang Mitos 2... It's not the women who are high maintenance - It's relationship. Successful relationships aren't easy. Kerananya, kita terpaksa bekerja keras, lebih dpd biasa, kita adakalanya tertekan, kita juga terpaksa berkorban. Okay guys, bayangkan sejenak anda memiliki kereta idaman anda, yg anda intai selama ini - 4WD CR-V Honda DOHC I-VTEC dgn kuasa selaju kuda di hujung kaki anda. Apakah selepas memilikinya, anda akan merungut2: "Minyaknya kuat sgtlah," atau "Bunyinya tak berapa senyaplah, kena selalu pergi servis." Sudah tentulah anda tdk akan, atau seboleh2nya mengelak, dpd merungut2 tentang perkara ini (sekurang2nya utk 3 bulan yg pertama kerana sdg dan masih syok memakainya), kerana ya anda mengerti, itulah harga yg anda perlu bayar utk apa yg anda telah pilih. Well, demikianlah juga halnya dgn perhubungan. They need attention n work n maintenance in order to run properly. Kerana secara tabi'inya wanita lebih sensitif, lebih beremosi, dan lebih suka melakukan kerja2 detailings, maka tdk hairanlah jika wanita menjadi pihak yg lebih byk mengusahakan kerja2 connection, komunikasi, dan sbgnya. Kerana mengerti perhubungan cinta yg aman dan berjaya memerlukan high maintenance, sebab itulah wanita bersifat sedikit mendesak, dan menekan. Soalnya, lelaki selalu menjadikan mitos ini sbg alasan utk tdk 'bekerja' demi perhubungannya, dan inilah yg selau membuat cik kak2 kita sakit dan makan hati!

3. Wanita Suka Control Lelaki - Hakikat: Wanita sebenarnya mahu menyumbang, memperbaiki, dan dimasukkan dlm perancangan.

Wanita sentiasa mahu masuk campur dlm apa jua masalah yg tercetus antara dia dan pasangan, anda tidak percaya? Lelaki yg tdk pandai mengatur kewangan misalnya, yg selalu pokai pd tengah bulan, apa solusinya? Sudah tentulah si teman wanita mengambil inisiatif utk membantu. Caranya? Terpulang. Ada yg menolong dgn kaedah meminjamkan wang, atau bg yg lebih bermurah hati dgn segala senang hati mengamaljariahkan saja wangnya kpd si lelaki, atau ada juga yg campur tangan menjadi financial planner utk si lelaki. Dan masalah tipikal pasti timbul selepas itu: Ini nampaknya satu percubaan utk jadi queen control.

* Yg sebenar2nya tentang Mitos 3... Wanita dlm mana2 perhubungan sekalipun, pasti meletakkan cinta sbg agenda teratas. If we see you hurting, we want to make it better. If we see you struggling with a problem, we want to help you find a solution. Mengapa kita, wanita, melakukan semua ini? Because we love u. Sebab itu tdk hairanlah, wanita, sentiasa mahu masuk campur dlm apa jua masalah yg tercetus antara dia dan pasangan. Wanita mungkin memang ditakdirkan mempunyai semangat berpasukan setiap kali bercinta dgn seseorang. Sebab itulah apabila wanita mula sibuk2 dan menyibuk dlm beberapa urusan, lelaki jadi jengkel. Tetapi awas lelaki! Wanita hanya mampu memberi input, bukan kerana wanita mahu control lelaki, tetapi kerana wanita mahu turut serta, merasai keseronokan 'keterlibatan' dgn pasangan yg dicintainya. Soalnya sekarang, sesetengah lelaki menganggap, mereka tdk sepatutnya tunduk kpd jajahan pasangan. Menerima pertolongan dpd wanita hanya menunjukkan kelemahan mereka. It makes them less powerful. Mungkin kerana itulah agaknya banyak fasa2 penting dlm perhubungan yg sepatutnya sudah dicapai pd masa2 tertentu, terbengkalai, dan tdk menunjukkan sebarang petanda masa depan yg positif, kerana lelaki, anda memang degil!




4. Wanita Lekas Cemburu Dan Suka Mendesak - Hakikat: Wanita amat menjaga perhubungan cinta

Situasinya begini : Sepasang suami isteri misalannya, dgn seorg lagi wanita (sahabat baik kpd si isteri), berkemungkinan utk terjebak dlm krisis hubungan 3 segi. Si isteri mendapati sahabat baiknya ada menyimpan perasaan kpd si suami, berdasarkan body languagenya, tutur katanya, perlakuannya, juga gerak matanya. Jadi kerana si isteri percaya bahawa dia perlu berbuat sesuatu utk menjaga perhubungan cintanya, maka sahabat baiknya sendiri, perlu dicurigai, dan perlu diawasi.

* Yg sebenar2nya tentang Mitos 4... Mana2 wanita sekalipun yg berada dlm dunia percintaan tdk akan sekali2 mendedahkan perhubungannya kpd bahaya. Mereka tdk akan membiarkan sebarang perkara pun yg boleh mengancam atau membahayakan hubungan. Wanita selalu menjadi amat sensitif, terutama sekali apabila ia mem*sensored*tkan boundaries perhubungan, juga terhadap apa2 saja unsur yg boleh memisah atau memecahbelahkan. Kerana itulah wanita secara automatik, menunjukkan sikap cemburu, banyak bertanya, banyak menyoal, dan kemudiannya mendesak, kerana bg mereka itu adalah beberapa langkah paling penting dlm menjaga keharmonian perhubungan. Jadi lelaki, protect yourself n your relationship. Jgn terlalu keras spt batu, dan jgn juga menutup mata seolah2 tiada apa yg berlaku. Berjaga2lah terhadap asap yg baru keluar kecil, supaya ia tdk bertukar menjadi api yg marak!

5. Wanita Yg Berdikari Tdk Perlukan Perhatian Lelaki - Hakikat : Walaupun wanita kuat dan berdikari, tdk bermakna mereka tdk perlu dan tdk mahu dimanja lelaki.

Saya percaya, di dlm dunia ini ada 2 jenis wanita : Satu, jenis yg vulnerable dan dependent, mahu dilindungi, mahu dijaga, dibelai dan dimanja, manakala wanita yg jenis satu lagi pula adalah mereka yg perkasa, yg kuat, yg capable, yg tdk perlukan (baca semula: "Yg TIDAK BERAPA memerlukan...") perhatian dan jagaan lelaki. Anda tergolong dlm kategori yg mana?

*Yg sebenar2nya tentang Mitos 5... Inilah sikapnya. Inilah yg selalu berlaku. Apabila seseorang lelaki itu berpasangan dgn wanita yg berkarier besar, dgn masa depan besar, pendapatan besar, jiwa besar, pendek kata semuanya besarlah - He often mistakes her competence n confidence as an indication that she doesn't need or want to be taken care of. Kebanyakan lelaki menyangka, pasangannya adalah jenis wanita yg tdk perlu dirisaui. Hendak servis kereta? "Oh dia boleh uruskan sendiri..." Hendak betulkan sinki bilik air yg tersumbat? "Dia pandai buat sendiri..." Hendak beli barang hantaran kahwin? "Itu pun dia boleh buat sendiri tuu..." Ketidakhadiran pasangan utk melihat, membantu, atau meringankan beban, sebenarnya, hanya akan menimbulkan implikasi-implikasi yg lebih merumitkan. Ia akan dilihat sbg satu signal si lelaki tdk bertanggungjawab, bersikap lepas tangan, tdk menunjukkan ciri2 sbg bakal suami yg mampu memimpin keluarga. Lelaki, anda silap. Kalau pun teman wanita anda jenis yg strong, capable n independent, ini tdk bermakna mereka mahu terus tdk dipedulikan sepanjang masa. Guys, sometimes women want you to help us do something even if we can do it ourselves. Ada masanya lelaki, wanita, mereka sedar mereka mampu melakukan segalanya, tetapi mereka mahu merasai support anda, kekuatan anda, perlindungan anda. Kerana itulah wanita suka mendengar teman lelakinya bertanya, "Apa yg boleh saya buat utk awak?", kerana apa? Kerana ia mencetuskan perasaan selamat, dan dihargai. Soalnya sekarang, kebanyakan lelaki mengambil kesempatan atas kebolehan dan kemampuan pasangannya, sbg alasan utk bersikap acuh tak acuh. Dan yg lebih menjengkelkan hati wanita, "Ala relaks laa... dia boleh buat sendiri..."

(Petikan dari Eh! April 2003 oleh Rosie Haslinda Nasir)

Menggembirakan Hati Duka Lara


Sebenarnya nak menghilangkan rasa sengsara, sedih dan kecewa caranya ada banyak, dan keberkesanannya terpulang pada ketahanan mental anda, emosi anda, kesabaran anda. Tapi saya boleh jamin cara yang saya kongsikan ni, sebelum saya menulisnya, telah diguna oleh kebanyakan orang dan telah ditulis oleh ramai pakar motivasi, penulis buku pembangunan diri dan mereka sendiri telah melakukannya dulu.
Untuk tips motivasi kali ini, saya kongsikan 7 tips asas menggembirakan hati yang sengsara, sedih dan kecewa serta cara untuk berdepan dengan emosi tersebut, saya gabungkan dengan cara saya sendiri. Kita mulakan dengan…

1. Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu.

Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.

Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.

2. Buang Sikap Risau
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal emosi.

3. Belajar Rajin Bersyukur
Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.

4. Belajar Menjadi Pemaaf
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda.

Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.

5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa? Come on…

6. Ubah Fikiran
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.

Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda selalu fikirkan.

Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.

7. Hati Mesti ‘Keras’
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu.

Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.

Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.

Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.

Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.

Sumber dari email : sari1823@satomalaysia.com

Lelaki idaman Wanita??…




Seorang lelaki yang PEREMPUAN idamkan
Ialah seorang buta,bisu, bakhil dan papa
Biarlah dia seorang yang buta
Buta, Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha
Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpananya

Biarlah dia seorang bisu
Bisu, Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan
Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran
Bisu
daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran
Dan lantang menyuarakan kebenaran

Lelaki yang PEREMPUAN idamkan ialah seorang yg bakhil
Bakhil, Bakhil dalam memberi senyuman
Pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah meluangkn masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya
Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAH
Kembali megah di muka bumi
Lelaki yang PEREMPUAN idamkan adalah seorang yang papa
Papa, Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan bermanfaat
Papa memiliki akhlak mazmumah
Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri
Dia mahu menjadi seorang syuhada
Yang syahid di jalan Maha Esa

Persoalannya. ..

Masih adakah lelaki idaman itu??
ADA.....yakni AKU!!!!! sume pompuan nak yg cam gitu....abes..yg sengal mcm aku ni sape nak??? adessssss...

Dr.Fadhilah Kamsah menulis

Assalammualaikum. .....
Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen( sisa-sisa) nasik yang dia makan ...dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa,mesti ada sikit belen ... tapi taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu ...
Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan ....either belen makanan mak atau abah ... tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan... kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain ... samada kami perasan atau tidak ....so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak ...
Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri ...arwah tok perempuan kami lah sebelah abah ...mak kata,supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak...dan saya sendiri akui kesannya n.....makin umur kita meningkat,hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu..
Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu..jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan,dah ada anak sendiri esok ...jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak... samalah ceritanya ..dan mak kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua,dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ...dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah,mereka- mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka ... solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib .... kalau ada lebih dari sorang anak,suruh sorang azan dan sorang Qiam .... kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat... ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang ...
Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling paling berkesan sekali .....tak caya try buat ...solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib ..... dapat semua waktu lagi baik ...sangat besar rahsia' dan peranan dapur rupa-rupanya. ..dan jugak kesan solat jamaah kalau hanya bagi waktu maghrib.
"Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita". Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family.Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! so,it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last =ermon,baginda pun did mention that all those who listen to him (on hall pass on his words to others,and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly...
Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do =mpart this knowledge; you'll lose nothing. Wallahu A'lam... Terima kasih,

Tujuh Ayat Cinta


Sabda Rasulullah SAW:

Barangsiapa yang hafal dan

mengamalkan tujuh kalimah ini akan

dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan

akan diampuni dosa-dosanya walau

sebanyak buih di lautan..


1.bismillahhirrahmannirrahim:pada

tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.


2.alhamdulillah:pada tiap-tiap

habis melakukan sesuatu.


3.astagfirrullah:jika tersilap

mengatakan sesuatu yang buruk.


4.insyaallah:jika ingin mùelakukan

sesuatu pada masa akan datang.


5.lahaulawalaquataillahbillah:bila

tidak dapat melakukan sesuatu yang

agak berat atau melihat sesuatu yang

buruk.


6.innalillah:jika menghadapi

musibah atau melihat kematian.


7.laailaahaillallah:bacalah

sepanjang siang dan malam sebanyak-

banyaknya.


amalkanlah selalu moga-moga

kita tergolong dikalangan orang yang

terpilih oleh Allah.

Rehat Minda - Subject: Tips Untuk Wanita Yang Pertama Kali Melakukannya




1. Berbaringlah dengan tenang, meskipun Anda pasti akan merasa tegang dan gementar.

2. Dia akan mendekati diri Anda dan bertanyakan apakah Anda takut. Kalau dia bertanya demikian, gelengkanlah kepala Anda dengan penuh keberanian.

3. Lalu dia akan mulai memasukan "Perkakas"-nya. Mungkin suhu badan Anda akan meningkat. Tapi tenang saja, kerana dia akan melakukannya dengan perlahan.

4. Dia akan memandang mata Anda dalam- dalam, dan meminta Anda untuk percaya padanya. Jangan khuatir, dia sudah berpengalaman dalam hal ini.

5. Senyumnya yang menawan akan membuat Anda sedikit rilek, dan dia akan meminta Anda untuk membuka lebih lebar agar dia dapat masuk dengan mudah. Saat ini mungkin Anda akan memintanya agar melakukan apa yang ingin dia lakukan dengan cepat. Tapi dia tak mau terburu-buru. Dia tidak ingin Anda kesakitan.

6. Dia juga akan bertanyakan kalau- kalau Anda merasa sakit. Meskipun berlinang air mata, tetaplah gelengkan kepala Anda, dan meminta dia untuk meneruskannya. Pada saat ini mungkin Anda juga akan merasa sedikit mati rasa.

7. Setelah beberapa saat, Anda akan merasakan suatu kelegaan yang luar biasa, dan dia akan menarik "Perkakas"- nya keluar. Dia akan tersenyum hangat, dan memuji betapa hebatnya Anda...

8. Tersenyumlah sepuas-puasnya, Kerana bagaimanapun juga, ini adalah pengalaman pertama Anda yaitu.....








"CABUT GIGI"


* HAH!! INGAT BENDA LAIN LA TU!!

cerita tentang cinta yg meng"kuchoh"kan


Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya. Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya.
Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong.
Cinta
tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali.
Cinta adalah buta…
cinta
tidak mengenal usia, paras rupa, mahupun kekayaan dan harta karun, tetapi dari keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain.
Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan.
Cinta
suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.
Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan cinta. Kagum tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta. Cinta adalah CINTA .
Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali.
Cinta
itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari.
Cinta
itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..
Cinta umpama ‘treasure hunt’. Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas orang lain. Tetapi tak usahlah kecewa. walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa. Jadi bercintalah sepenuh hati. Namun jangan letakkan harapan terlalu tinggi.
Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah untuk dilupakan namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan.
Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….
Cinta suatu yang indah, cinta boleh buat kita gundah, cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tak sudah jika cinta dibawa tersalah arah.
***jgn la trkagum lak...bkn idea sendiri ni dicilok kt manapn aku dh xigt...saje sbgai panduan bagaimana seharusnya ketrbukaan jiwa msti ada dlm menilai CINTA.

CORETAN