Imam Ibnu Asakir, Imam al-Khatib dan Imam al-Hafiz al-Mizzi meriwayatkan sebuah hadis yang berbunyi: "Apabila akhir umat ini melaknat (generasi) awalnya, maka hendaklah orang-orang yang mempunyai ilmu pada ketika itu menzahirkan ilmunya, sesungguhnya orang yang menyembunyikan ilmu pada waktu tersebut seumpama seseorang yang menyembunyikan apa yang telah diwahyukan kepada (Sayyidina) Muhammad SAW!!!"

Saturday, October 31, 2009

Kekasih Gerlapku


Masa aku mula-mula ‘terdengar’ lagu Kekasih Gelap nyanyian Ungu tu, aku ingatkan kekasih gelap ni seorang awek yang dah lama "mati" atau cerita tentang awek lama dia yang dah lama terputus. Aku tak lah nak amik sangat tau pasal lagu karat ni, lain la macam korang.. sampai hafal lirik lagu semua tu. Jadi aku terus lah anggap kekasih gelap tu cerita lama dia tentang aweks nya yang dah padam.. hinggalah aku sampai saartni baru lah aku tau apa maksud kekasih gelap ni.kekaseh sembunyi-sembunyi rupanya..

So tafsiran aku sendiri selepas kaji selidik tentang kekasih gelap ni ialah seorang jantan kabaret atau perempuan kabaret yang telah berkahwin tetapi mempunyai affair dengan seseorang yang lain. Umpamanya suami dengan awek lain tak kira lah awek itu bujang, tunangan orang, mak jan atau pun bini orang. Sama juga tafsiran untuk isteri.

Kalau masih berstatus bujang, dah ada buah hati lepas tu nak pasang sorang lagi kekasih biar pi lah, apa masalahnya. Berkawan biar seribu berkasih lepas satu, satu.. selagi mampu cari, kita cari dan berkasih lah sampai berpuluh-puluh kekasih pun, tak salah pun kan sebab kita nak cari keserasian. Kalau tak serasi tak ngam buat apa kahwin bro.. hehehe aku tau musti ada orang tak setuju dengan aku..

Kekasih gelap ni, dia memiliki seorang yang lain secara sembunyi-sembunyi, dan pergerakkan mereka adalah secara gelap, dan sulit macam pergerakan bawah tanah gitu. Mana boleh secara terang-terangan, nak mampus ka apa.

Siapa yang terlibat di dalam kes kekasih gelap ni? Kekasih gelap ni tidak mengira apa status, pangkat atau pun apa pekerjaannya. Dari kuli cap ayam hinggalah ke politician semuanya termasuk dalam catogory ini, cuma di peringat atasan tu di panggil scandal. Bunyiknya lucah sikit lah, tapi untuk golongan bawahan ni bunyik nya geli-geli aka jiwang karat sikit lah. Entah mana Ungu dapat words tu aku pun tak tau mungkin kat Indon memang ada words tu kut..

Apa yang dicari oleh kekasih gelap ni? Orait, kalau sudah berkahwin tetapi ada kekasih gelap sama itu perempuan bujang atau jantan kabaret yang masih bujang, samaada saja nak geli-geli layan perasaan atau disebabkan sex. Ada alasan lain, mungkin nak bantu di atas kesusahan yang bujang tu kut? Blah lah kalau nak bantu tak perlu lah sampai nak dibuat dalam gelap, dah gelap hati ka apa.. kalau perempuan kabaret yang dah berkahwin tapi ada simpan anak ikan takde benda lain lah melainkan sebab nak **tut** sama jugaklah dengan jantan kabaret yang dah berkahwin tu.. tapi mungkin juga kalau jantan kabaret ada simpan perempuan mungkin dia nak buat bini kan.. itu lain tu he he he.. simpan sekejap kemudian nikah, nak tunggu bini dia sign form tu payah sangat..

So camana kalau jantan kabaret dengan perempuan kabaret yang masing-masing sudah berumahtangga tetapi ada kekasih gelap dengan isteri atau suami orang.. suami orang scandal dengan bini orang.. zappp terus aku cakap sebab sex.. betul atau salah? Bercinta dengan laki orang, kita curang dengan laki kita sendiri, itu dah melencong tu. Sama la dengan laki orang yang berscandal dengan bini orang, apa kejadah lah.. apa lah yang best sangat dengan barang terpakai tuhhh.. gezzzzz..

Aku rasa kita selalu terbaca dalam papers pasal tangkapan khalwat. Isteri orang dengan anak bujang ditangkap di dalam bilik hotel. Isteri tersebut masih mempunyai suami dan ada anak-anak etc.. atau isteri orang ditangkap ketika sedang berasmara dengan suami orang.. atau perempuan bujang yang ditangkap dengan seorang lelaki kemudian baru mengetahui bahawa lelaki tersebut sudah berkahwin.. ahhh banyak sangat cerita macam tu. Itu pun sebab ada undang-undang, kalau takde undang-undang khalwat aku rasa macam pesta jer kat Malaysia ni.. kira OK lah kat Malaysia ni tak kuat sangat cerita pasal swinger ni hehehe..

Mengapa berkekasih gelap? Banyak sebabnya dan bergantung kepada individu lah. Kalau suami ada scandal di luar sebab nak cari kelainan, nak bermanja-manja dengan yang lebih muda atau yang lebih memahami. Atau sebab bini dia ni garang nak mampus, simpan dulu baru ajak nikah kat Siam. Atau bini dia dah tak best, atau bini dia dah tua kerepot dan dah tak menarik lagi. Duit banyak, nak nikah lagi takut nanti perang sabil pulak.. so simpan lah sorang kat apartment tanggung makan pakaian beri kereta beri credit card dan in return dapatlah apa yang jantan cabaret ni idamkan.

Atau jantan cabaret ni lonely duk jauh-jauh dari anak bini, macam aku ni tapi aku tak termasuk dalam hal ni lah.. contoh jer la kan.. so disebabkan lonely ni maka terjadilah kes-kes seumpama ini. Aku ni siapa lah kan, duduk terconggok kat Boulevard shopping complex tu dua tiga jam pun takde orang nak pandang, tak ada yang sudi nak jadi kekasih gelap aku nih gezzzzz… ehem..

Kalau isteri ada pasang kekasih gelap di luar, samala macam suami kat atas tadi. Jenis takde iman, curang dengan laki, ini yang orang kata bini nusyuk ni. Bengong ka apa..

So mengapa gelap? Sebab takut orang nampak. Macam VIP yang kena tangkap pasal video sex dia tu, nak kahwin lain dah tak bleh sebab quota satu jer so kena lah berhubungan gelap di luar.

Senang cakap kenapa jadi gitu sebab iman tak kuat.. hurai panjang-panjang pun akan balik ke point yang sama.

Apa kelebihan ada kekasih gelap ni? Banyak kelebihannya bang.. kalau dulu henpon bulan-bulan RM50.00 tapi sejak ada kekasih gelap ni jadi RM200.00 sebulan, kelebihannya lah tu. Itu baru cakap pasal bil henpon bang.. kalau awek geli-geli nak kasut Bonia nak tak nak kena beli jugak.. itu tak cakap pasal nak rantai gelang lagi. Kalau tak bagi nanti nampak tak macho bang, nasib lah kalau dapat awek yang baik, kalau dapat yang jenis pisau cukur.. botak lah kau bang sampai susu anak pun tak bleh nak beli. Jangan jadi bangang sampai tahap tu bang.. nak ada scandal kat luar lantak lah kalau nak pasang lapan ratus perempuan simpanan sekali pun tapi lu kena ingat bang anak-anak kat rumah dan bini lu tu adalah nafkah yang wajib lu bagi bang.. jangan jadi jantan cabaret yang takde otak.. eii apasal aku emotional pulak ni wahahahaha…

Banyak sangat kes kekasih kegelapan yang berlaku di depan mata aku ni. Kawan aku sendiri, duk kat Labuan 2-3 tahun siap nikah lagi dengan arroyo Philiphino, yang ni OK lah kan dia menyucuk tanam di tempat yang halal hehehe walaupun sebelum tu simpan dulu setahun kat rumah. Bini di Semenanjung tu percaya sangatlah laki dia tu cari duit di Labuan dan setia kat dia di Semenanjung tu.. satu kes lagi sanggup korban duit gaji duk support arroyo ni. Bila arroyo ni abis contract jadi GRO kat Labuan ni, pun sanggup lagi perabih duit gi Mindanao semata-mata nak berjumpa kekasih gelapnya gezzzzz… buang duit, buang masa dan buang benih jer opsss..

Kawan aku ni kan, entahlah aku nak kategori kan dalam kategori apa aku pun tak tau. Jiwang ke, mat romeo ke, playboy ke, jantan cabaret ke entah lah. Bini cantik, anak-anak dah ramai tapi sampai ni sudah jatuh hati pada seorang perempuan ******* ni. Aku tengok perempuan tu tak lah cantik mana pun, biasa-biasa saja bah. Harapkan rambut jer curly kaler blonde gitewww.. biasa jer lah takde ada-apa yang menarik pun aku tengok, bagi aku lah kan. Mungkin bagi dia perempuan tu macam bidadari kut. OK lah kan ikut suka hati dia lah, itu mata dia. Kalau lubang hidung kembang sekali pun dia nak kata mancung apa kita boleh buat, dah namanya pun sasau muahaha..

Apa yang dah berlaku, menurut cerita jantan cabaret ni.. hatinya sudah tertawan lah pada perempuan ni. Ceritanya lagi, siang malam asyik teringatkan perempuan tu, perempuan ni pulak layan jantan kabaret ni baikkkk punya so jantan ni hanyut dan tenggelam lah dalam kata-kata cinta dan belaian manja perempuan ni.. abis duit dia bro dia belanjakan untuk perempuan ni.. beli baju, perfume itu ini lah macam-macam.. last-last apa yang jantan ni dapat? Dapat asap jer bro.. asap jer.. bila sedar jer dia dari semua ni, baru lah dia tau bahawa perempuan tu sekadar nak mempermainkan dia.. muaahhahahha.. cap ayam betul. Habiskan duit habiskan masa jer lah.. Dari kisah ini lah baru aku tahu apa itu kekasih gelap.. hahahahah

So secara kesimpulannya, tepuk dada tanya selera. Semua yang gelap ni tak akan ke mana pun, dan tak mampu bertahan lama pun. Kalau belum sedar tu elok lah stop takut-takut esok lusa malaikat datang nak check out nyawa. Keluar lah dari kegelapan, kalau yang bujang tu kahwin je lah dengan jantan cabaret tu tak kisah lah laki orang sekalipun, best apa laki orang romantic jer dan pandai berkata-kata.. dan tak gelojoh hehehe..

Kalau yang dah kahwin tu especially bini orang, sudah-sudah lah kembali lah ke pangkal jalan. Bertaubat nasuha lah jangan buat lagi. Takde nyer orang bujang nak amik awak jadi bini dia apatah lagi kalau awak dah tua dan ada anak ramai, tapi ada jugak yang berkahwin broo.. anak perempuan cabaret tu dah 5 orang kalau tak salah aku, bila laki dia found that bini dia ada scandal kat luar laki dia lepaskan dia. Lepas tu nikah jugak dia dengan bekas bini dia serta anak-anak dia.. gezzzzz… menarik apa nikah package beli satu dapat 5 free wahahaha..

Satu pesanan lah buat para isteri di luar sana tu, dari biarkan suami buat hal yang tak senonoh ada baiknya izinkan mereka tu, atau biarkan mereka tu nikah lagi. Tak baik halang hajat baik orang nak dirikan masjid dan nak jauhkan dosa. Baru-baru ni aku terjumpa kawan lama di kb ni dengan anak kecik dia woww comey putih jer, tapi dia sendiri kelabu asap. Dia cakap ini anak dari bini dia yang no 3. Nikah dengan Orang Ulu bah patut lah putih anaknya bah. Dia kata, bini kat sane beri green light kat dia kalau nak nikah lagi dari buat dosa tak tentu hala. Adehh.. entah apa-apa. Selagi tak mampus selagi itu lah nafsu akan terus membara.

So akhir sekali kepada yang terasa jangan marah yer, no offence oraittt…

Frust? Kecewa? Depress? .. dah rasa nak mati dah?

Life ni pada mulanya smooth jer sampailah suatu masa gelombang ni melanda dalam hidup kita. Jatuh tersembam. Rasa macam dah nak mampus, rasa takde nilai.. Ups and downs are part of life dan nothing we can do to change it. Things that we desire the most are not given to us and what we get is not what we desire.. cewah.

Tak ada salahnya kalau kita gagal, orang kata kegagalan itu mengajar aku jadi semakin matang. Tengok sekeling, tengok ayam ka, itik ka, burung ka.. menatang tu pun sama jugak macam kita, cuma dia orang tak gi sekolah jer. Hari-hari cari makanan sebab nak teruskan hidup, ada masa dia orang menatang tu dapat makanan dan ada kalanya fail jugak.. tetapi kalau menatang tu start berfikir inilah process kehidupan yang tidak akan mendatangkan makanan, maka mereka juga akan mampuss..

Seandainya kita jatuh tersemban, ingatlah hanya ada satu jalan untuk kita, bangun semula.

Rilex bro it’s not the end of the world..

Fail in exam? Hmm.. aku pun pernah alami pekara yang sama, tapi tak lah teruk sangat lah. Masa UITM machang dulu aku pun pernah rejected, CGPA 1.43 :) .. rasa malu pun ada, bersalah pun ada, keciwa, depress semua ada bila tengok member-member lain proceed to next level. Kalau aku rasa dah gagal sangat dah, putus asa itu semua, tak mungkin aku boleh jadi seperti hari ni. So kalau setakat fail dalam exam tu, takpa fail la banyak kali pun tak pa, tapi mesti kena amik banyak kali juga sampai lah pass. Kawan aku masa SMPG dulu, SPM punya result hancuss bro.. so mungkin di atas rasa ‘aku tak akan jatuh’ maka dia amik semula SPM, sekolah private. Bila result diumumkan gezzzz.. dia dapat 1st grade, sampai kan add math pun dia dapat 1. .. bayangkan.

Aku pernah terbaca satu cerita lah, entah betul entah tidak. Wallahuaklam. Ada seorang lelaki ni cuba dalam business. Dia bukak business ini, tapi akhirnya dia fail, buat business baru fail juga, buat lagi business lain, fail juga.. at last dia menulis sebuah buku, tajuknya “Kenapa saya gagal”. Gezzzz bukunya mendapat sambutan yang tinggi dan akhirnya dia jadi millionaire.. hmmm.. macamana andainya dia stop berfikir untuk terus bangun..

Tak kira lah apa saja bala atau malapetaka yang datang, bangun la semula. Gagal dalam kerja ke, business ke, frust dalam rumahtangga ke, frust dalam bercinta ke.. Ppppffffff…!! Frust dalam bercinta tak kemananya lah.. bangun lah cari yang lain. Bukan dia jer yang ada, ramai lagi yang hensem yang cantik yang baik budi pekerti. Harap muka je cantik, perangai macam sundal buat apa. Baik lah cari muka macam muka macam tak siap tapi mempunyai akhlak yang baik. Jangan la duk percaya sangat pada kerlipan neon tu.. kosong bro.. kosong dan hampeh.. cap ayam dan kelabu asap. Kalau nak cari gf ka, calun laki bini ka, atau kekasih gelap sekali pun, alang-alang cari biar puas hati.. kalau yang menyusahkan jiwa, penipu, jenis kikis duit ni suruh dia pergi mampus lah..

Takpa, sekali aku jatuh bukan selamanya aku jatuh dan aku tak akan sesekali berak atas muka orang yang lastik aku tu. What goes around comes around bro..

Hari ini aku pun mengalami situasi yang sama, tapi aku tahu ‘aku tak akan jatuh’ insyallah. So berpegang kepada Qada dan Qadar ketentuan dariNya, its OK aku akan bangun semula. Kalau aku ni macam burung, aku sudah terbang tinggi tapi aku tersilap lalu jatuh tersembam atas tanah, ada orang lastik aku. Takpa, sekali aku jatuh bukan selamanya aku jatuh dan aku tak akan sesekali berak atas muka orang yang lastik aku tu. What goes around comes around bro..

Well, yes aku sakit. Tapi aku OK, tak kisah punya. Ubat ada. Kan ku repair sayap-sayap yang patah ini, align semula, kasi balancing sikit, pasang side mirror err dulu takde side mirror pasal tu aku tak perasan.. he he he .. study semula buat homework kenapa aku terjatuh sedangkan aku boleh elak batu yang dilastik kan pada aku. Aku tak salahkan penjahat kabaret tu, aku pun buat salah, aku pun kadang-kadang mengarut, kadang-kadang hanyut, kadang-kadang aku ex nak mampus.. kan ku lihat kebelakang fikir dan fikir semula apa yang dah aku lakukan.. tak pa.. dan tau takpa.

Terima kasih kerana melastik aku, aku tahu ada hikmahnya..

Ayat Al- Quran di Badan Kanak-kanak


Baru-baru ini gempar mengenai penemuan ayat-ayat suci Al-Quran pada bayi di Moscow, Russia. Benar atau tidak, terserah kepada anda untuk menilainya.

Khabarnya, pada mulanya ibu bapa bayi ini merahsiakan penemuan ini, tetapi apabila tulisan di kaki bayi tersebut tertera "Tunjukkan aku", maka mereka terus menunjukkannya kepada orang ramai.

Dari akhbar KOSMO:
MOSCOW - Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.

Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.

Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.

Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.

"Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis," kata ibunya Madina Yagubova.

Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.

Paparan mengenai kejadian aneh di Dagestan, wilayah selatan Rusia yang menjadi sasaran pertempuran antara tentera Rusia dengan pejuang-pejuang Islam itu turut dipaparkan di laman perkongsian video YouTube.

"Ali merupakan tanda kebesaran Tuhan. Kelahirannya di Dagestan bagi menyedarkan penduduknya supaya bersatu," kata seorang ahli parlimen di wilayah itu, Akhmedpasha Amiralaev. - Agensi

Gambar Peristiwa Objek Di Langit


Pada 26 Julai 1992 telah berlaku satu fenomena yang sangat aneh, sekumpulan 200 pelajar sebuah sekolah agama di Klang, Selangor; mendakwa melihat 26 objek aneh yang secara tiba-tiba muncul di langit.

Objek aneh tersebut adalah gambaran 26 imej yang kelihatan di langit. Fenomena objek di langit ini telah mengemparkan Malaysia pada tahun 1992. Pelbagai spekulasi dan teori telah dibentangkan.

Malah pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sendiri telah melakukan penyiasatan sendiri. Pada mulanya mereka telah mengesahkan bahawa kejadian ini benar-benar berlaku berdasarkan temubual dengan saksi-saksi yang terlibat. Pihak Jais mengumumkan perkara ini dalam sebuah sidang akhbar pada 10 Oktober 1992.

Ekoran dari kejadian ini, ada sesetengah pihak yang mula mengambil kesempatan. Gambar-gambar objek di langit mula dijual. Malah ada juga kumpulan tertentu yang meramalkan bandar Klang akan tenggelam dilanda banjir. Mereka mengutip derma untuk membina 3 buah kapal besar. Ramai yeng terpengaruh dan kumpulan ini berjaya menyiapkan satu dari 3 buah kapal yang dirancang.

Ekoran dari itu, pihak Bahagian Hal-Ehwal Agama Islam, Jabatan Perdana Menteri (BHEAI-JPM) pula melakukan siasatan. Dan akhirnya mereka mengishtiharkan bahawa kejadian Objek Di Langit ini hanyalah satu penipuan.

Benar atau tidak, peristiwa ini masih lagi menjadi misteri. Sungguhpun paparan imej di angkasa memang tidak mustahil boleh dilakukan dengan peralatan laser berteknologi tinggi, namun kita juga tidak harus lupa kepada kebesaran Allah.

Monday, October 12, 2009

MasyaaAllah...


Bismillah
Allahummasolli'alamuhammad wa'alaalimuhammad
Salamun 'alaikum


Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Coba lihat Al-Quran! demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Quran dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayatayat Allah Swt tersebut:

17.16 (QS. Al Israa
ayat 16): Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.

17.58 (QS. Al Israa
ayat 58): Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).

8.52 (QS. Al Anfaal: 52):
(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Firaun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.



Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Fir
aun dan pengikut-pengikutnya. Ini tentu sangat menarik.

sumber; eramuslim

http://pinkturtle2.wordpress.com/2009/10/02/25642/

iyyakanaqbudu waiyyakanasta'in
ihdinassirotolmustaqim

CORETAN