Imam Ibnu Asakir, Imam al-Khatib dan Imam al-Hafiz al-Mizzi meriwayatkan sebuah hadis yang berbunyi: "Apabila akhir umat ini melaknat (generasi) awalnya, maka hendaklah orang-orang yang mempunyai ilmu pada ketika itu menzahirkan ilmunya, sesungguhnya orang yang menyembunyikan ilmu pada waktu tersebut seumpama seseorang yang menyembunyikan apa yang telah diwahyukan kepada (Sayyidina) Muhammad SAW!!!"

Thursday, December 2, 2010

Al-Quran (The Holy Book of Muslims)

Al-Quran (The Holy Book of Muslims)

Al-Quran merupakan kitab suci kita sebagai seorang muslim. Sesiapa yang tidak memepercayai Al-Quran telah mempertikaikan kekuasaan Allah. Al-Quran diturunkan oleh Allah melalui malaikat Jibril dan menjadi rujukan utama para ulama’ dalam membuat sebarang fatwa dan keputusan. Ulama’ ini penting dalam urusan negara kerana ilmu agama mereka boleh menguruskan sesuatu negara atau kerajaan. Islam kan Ad-Din… Segala yang menjadi asas perundangan dalam Islam adalah Al-Quran dan As-Sunnah.

Al-Quran merupakan wahyu daripada Allah yang melengkapkan semua syariat yang terkandung dalam kitab agama samawi yang terdahulu. Zabur yang diturunkan Allah kepada Daud, Taurat yag diturunkan kepada Musa, Injil yang diturunkan kepada Isa Al-Masih telah lengkap dengan turunnya Al-Quran. Syariat dan peraturan yang terkandun dalam semua kitab tersebut telah disempurnakan dan dilengkapkan dengan Al-Quran. Jadi, patutkah orang yang mengetahui akan hal ini terus menjadikan ketiga-tiga kitab tadi sebagai panduan hidup?

Al-Quran diturunkan dengan mempunyai 114 surah, 30 juzu’ dan 6666 ayat. Kenapa perlu meragui keterangan yang ada pada Al-Quran? Al-Quran disusun oleh beberapa orang sahabat nabi dan para peghafaz Al-Quran. Antaranya, Saidina Uthman ibn Affan, Zaid ibn Sabit dan beberapa penghafaz Al-Quran. Uthman ibn Affan merupakan seorang yang dijamin Rasulullah S.A.W. sebagai salah seorang ahli syurga. Zaid ibn Sabit pula merupakan seorang peghafaz Al-Quran yang kuat daya ingatan. Kenapa perlu meragui Al-Quran ini? Tidak mungkin kedua-dua orang yang menjadi tunjang dalam pembukuan ini menyelewengkan dan memalsukan Al-Quran yang juga disebut Kalam Allah yang Maha Suci.

Islam???

Islam??? Mungkin ada antara kita yang masih tidak tahu apa itu Islam sebenar, atau mungkin tidak tahu apa yang syumul dan sempurnanya Islam. Ada segelintir orang yang menganggap Islam itu hanyalah agama yang diturunkan oleh orang tua mereka. Mereka itu sama sahajalah dengan orang jahiliyyah Mekah. Apabila mereka (orang jahiliyyah Mekah) diajak untuk memeluk Islam, mereka mengatakan: “Bagaimana kami nak memeluk Islam sedangkan nenek-moyang kami melakukan apa yang kami lakukan…”. Jadi Islam itu bukanlah sekadar agama keturunan tetapi Islam itu adalah Din iaitu cara hidup seorang muslim berpandukan kitab Allah dan sunnah kekasih-Nya, Nabi Muhammad S.A.W. Turunnya agama Islam, maka terhapuslah segala agama-agama samawi (agama daripada Allah yang diturunkan kepada Nabi Daud, Musa (Moses) dan Isa (Jesus)) yang terdahulu.Kami (Muslim) tidak menganggap kaum-kaum lain sebagai sesuatu yang perlu dihapuskan. Tetapi kami menganggap mereka sebagai saudara kami kerana kita semua merupakan cucu-cicit Adam Alaihissalam.

Habis itu, kenapa pejuang Taliban menyerang Amerika? Satu soalan yang baik… kenapa??? Sebenarnya Islam tidak menyuruh orang Islam menyerang orang bukan Islam yang tidak bersalah… tetapi Islam munyuruh umatnya untuk menjalinkan ukhuwah bersama orang bukan Islam. Pejuang Taliban itu salah faham akan konsep jihad yang sebenarnya… Sebenarnya Islam tidak menyuruh begitu… Islam adalah agama kedamaian dan cintakan kasih-sayang. Kalau seseorang penganut Islam mencuri, adakah ia dikatakan berasal daripada agama yang dianutinya??? Semestinya tidak!!! Maksudnya di sini, Islam tidak menyuruh pejuang Taliban menyerang Amerika, tetapi pejuang-pejuang itu sendiri yang menggunakan dalil jihad itu sebagai satu alat untuk menyerang Amerika. Jihad hanya berlaku antara askar dengan askar. Tidak boleh membunuh wanita, bayi, orang tua, orang yang tidak berupaya, orang atau askar yang meletak senjata (menyerah diri) dan orang yang berada di dalam rumah yang berkunci dalam berjihad atau menakluki sesuatu kawasan. Now you see, betapa cantiknya dan indahnya Islam. Selain itu, askar Islam dilarang membakar rumah-rumah orang awam, rumah-rumah ibadat, kebun-kebun dan ladang-ladang dan menebang pokok. Nampak tak betapa Islam menjaga adab-adab dalam berjihad…

Jadi segala fitnah atau tohmahan-tohmahan yang mengaitkan Islam dengan agama radikal atau ganas itu sebenarnya satu pembohongan. Agama Islam adalah agama kedamaian dan tidak menyampaikan risalah suci daripada Allah dengan menggunakan mata pedang. Tujuan kita menakluki sesuatu kawasan yang bukan Islam sebenarnya adalah untuk menjaga rakyat yang Islam dan yang bukan Islam di bawah pemerintahan Islam yang adil. Selama rakyat bukan Islam membayar jizyah (cukai yang dikenakan kepada orang bukan Islam yang berada dalam negara Islam), selama itu jugalah rakyat bukan Islam dilindungi. Bagaimana tempoh pemerintahan Islam di Andalusia (Sepanyol) yang bertahan lebih 200 tahun adalah bukti pemerintahan Islam yang adil yang menarik hati rakyat Andalusia untuk memeluk Islam. Ruginya orang Islam apabila negara tersebut jatuh ke tangan Ratu Isabella selepas zaman kejatuhan kerajaan Andalusia.

Jesus – Dongeng atau Fakta

Segala puji bagi Allah yang Maha Esa, Dia tiadalah anak dan juga tidak diperanakkan. Dialah pencipta alam semesta yang Maha Kuasa dan memenuhi sifat-sifat Tuhan, tiada kelemahan. Sesungguhnya tiada yang setanding dengan-Nya!

Megikut agama kristian, Jesus merupakan seorang nabi dan juga Tuhan. Baginda diutuskan untuk menebus dosa, manusia keseluruhannya. Mengikut agama kristian lagi, setiap manusia mempunyai dosa yang diwarisi oleh Adam dan Cain and Abel (Qabil dan Habil). Apabila Jesus disalib, maka terhapuslah dosa manusia, bukan sahaja kristian, tetapi seluruh umat manusia.

Islam menyebut bahawa Jesus (Isa A.S.) merupakan seorang manusia biasa yang diutuskan oleh Allah yang Maha Esa sebagai seorang nabi dan juga rasul. Tidak lebih daripada itu. Baginda adalah rasul terakhir yang diutuskan kepada Bani Israel. Islam percaya ada berlakunya proses penyaliban, tetapi itu bukan Jesus. Orang yang disalib itu adalah hawariyyun (anak-anak murid dan pengikut) Jesus yang ditukarkan muka serupa dengan wajah Jesus. Orang tersebut ditukarkan muka kerana berlaku khianat dengan memberitahu tempat persembunyian Jesus sewaktu diburu orang Yahudi.

Persoalannya, Jesus itu dongeng atau fakta?

Kalau kita sebagai seorang manusia yang mempunyai kewarasan akal fikiran, cuba kita fkirkan kenapa Jesus diutuskan?

Bible mengatakan bahawa Jesus diutus sebagai Anak Tuhan yang berfungsi sebagai penebus dosa seluruh manusia. Tuhan Bapa mengutuskan Jesus untuk menebus dosa seluruh manusia.

Kenapa Tuhan Bapa tidak mengampunkan terus dosa seluruh manusia sedangkan Dia boleh melakukan demikian? Mengapa Dia perlu mengorbankan Tuhan yang lain? Jikalau begitu, kenapa semasa Jesus dilahirkan baginda tidak terus disalib? Mengapakah Tuhan boleh dibunuh dengan tangan manusia?

Sahlah, Jesus seorang manusia!!!

Jika diberitahu Jesus sebagai penebus dosa, pastilah pengikut Jesus membunuhnya sejak awal lagi kerana apabila Jesus dibunuh maka terhapuslah segala dosa mereka.

Tetapi Jesus boleh menyembuhkan penyakit sopak, orang yang buta dan menghidupkan yang mati!

Itu sebenarnya kami sebagai umat Islam mengakuinya. Tetapi Jesus tidak pernah katakan yang ianya dilakukan oleh dirinya. Ianya datang daripada Allah. Nabi Muhammad pun pernah diberi mukjizat oleh Allah iaitu membelah bulan, pergi ke Palestin dari Mekah dalam satu malam, berjumpa dengan Allah dan sebagainya.

Mengapa Allah memberikan mukjizat kepada para rasul dan nabi?

Dia memberikan mukjizat kepada para nabi dan rasul sebagai keterangan kepada sesiapa yang ingkar. Sudah berapa kali Bani Israel menolak nabi mereka??? Nabi Zakaria digergaji hidup-hidup dalam sebatang pokok akibat perbuatan Bani Israel (Yahudi), Nabi Yahya dibelah otak oleh Bani Israel juga kerana kedua-duanya melarang Raja Herodus berkahwin dengan anak saudaranya. Ingat tak lagi apa yang Bani Israel buat kepada Jesus dalam satu temasya Asyura. Bani Israel menghalau Jesus kerana mengharamkan berjual beli di kawasan gereja. Oleh kerana kedegilan Bani Israellah Allah memberi Jesus mukjizat yang melebihi para nabi dan rasul yang lain.

Oleh kerana sebab mukjizat-mukjizat yang menyerupai sifat ketuhanan itulah, kaum Nasrani menganggap Jesus sebagai Anak Tuhan. Tetapi pada hakikatnya, Jesus merupakan seorang nabi dan rasul yang bernama Isa Al-Masih, dan bukannya sebagai seorang Tuhan.

Wednesday, December 1, 2010

Syumulnya Sebuah Agama


Surah Al-Fatihah (Surah Pertama-The First Surah)
Al-Fatihah (Surah Pertama-The First Verse)

Setiap apa yang kita lakukan mestilah mempunyai sesuatu sebagai pembukaan. Jika hendak mengambil makanan di dalam peti sejuk tentunya perlu membuka peti sejuk itu dahulu sebelum boleh mencapai makanan yang dikehendaki. Begitulah juga dengan Al-Quran yang menjadi kitab suci Muslim. Al-Fatihah yang bererti ‘Pembukaan’ itu adalah sebagai surah yang pertama dalam Al-Quran dan juga merupakan doa yang dibaca dan diulang sebanyak lima kali sehari. Hidup ini perlu kepada pergantungan kepada Allah yang Maha Esa dan yang Maha Kuasa. Mengikut mazhab Hambali, Maliki dan Shafi’e, Al-Fatihah merupakan surah yang wajib dalam setiap ibadah solat sama ada solat yang wajib atau yang sunat. Tetapi mengikut mazhab Hanafi, Al-Fatihah merupakan sesuatu yang sunat dibaca dalam solat. Semua mazhab ini tergolong dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah dan tidak salah kerana mereka berpandukan ayat-ayat Al-Quran dan Al-Hadis (As-Sunnah). Surah Al-Fatihah ini mengandungi 7 ayat dan diturunkan di Mekah Al-Mukarramah (Yang Mulia). Kita pergi ke ayat yang pertama surah Al-Fatihah:

1. ‘Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani’

Huraian: Islam mengajar seluruh umatnya untuk melakukan setiap amalan dengan nama Allah. Ini bertujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah dalam setiap amalan yang dilakukan. Di Mekah, imam-imam besar di sana tidak menjadikan ayat ini sebagai ayat yang pertama tetapi mengangapnya sebagai sesuatu yang sunat dibaca dalam sembahyang. Ini tidak menimbulkan sebrang masalah dan tidak menjejaskan solat kerana ianya adalah perkara yang furuk (yang bercabang) dan tidak menyentuh aspek akidah dan ketuhanan. Lagipun Islam adalah agama yang fitrah dan ringan untuk diamalkan. Kedua-dua khilaf (pertikaian) ini merujuk kepada dua sumber utama.

2. ‘Segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam’

Huraian: Tiada Tuhan melainkan Allah dan hanya kepada-Nya lah segala puji-pujian. Dia lah Tuhan yang menciptakan kita semua dan seluruh alam ini. Dalam konsep doa, kiata hendaklah memuji Allah jika benar-benar ingin doa dikabulkan. Dalam kehidupan seharian juga, jika ingin meminta sesuatu yang berharga daripada orang sekitar kita contohnya kawan, kita mesti akan memujinya dahulusekiranya kita betul-betul ingin barang yang berharga itu. Begitulah dengan Allah. Kita ingin ditetapkan iman tetapi kita tidak meminta kepada-Nya untuk ditetapkan iman kita dan mati dalam keadaan yang beriman. Kita hendaklah memuji dan memuja-Nya untuk endapatkan barangan yang berharga itu (iman dan Islam).

3. ‘Yang Maha Pemurah dan yang Maha Mengasihani’

Huraian: Ini pun merupakan puji-pujian yang mahu doanya dikabulkan. Ada tiga tahap berdoa. Tahap pertama, memuji Allah, Tuhan Maha Kuasa. Kedua, Minta apa sahaja asalkan bukan perkara yang mendatangkan dosa. Antara yang patut kita doakan adalah, minta diampunkan dosa diri, ibubapa, guru-guru dan kaum muslimin seluruhnya, minta Allah merahmati Rasulullah S.A.W., sahabat-sahabat dan ahli keluarga baginda, minta Allah tetapkan iman dan macam-macam lagi. Tahap ketiga berdoa ialah, menyesal dengan dosa yang dilakukan dan minta daijauhi dari seksa api neraka.

4. ‘Yang menguasai Hari Pembalasan’

Huraian: Sebagai seorang Islam, hukum mempercayai Hari Pembalasan atau Hari Akhirat (The Jugdement Day) adalah wajib. Ia tergolong dalam Rukun Iman. Definisi rukun ialah sesuatu yang penting apabila ditinggalkan, maka terhapus dan terbatallah sesuatu yang ada. Jika menolak satu Rukun Iman maka terbatallah iman seseorang itu dan murtadlah ke atasnya. Hukum bagi orang yang murtad adalah memeranginya dan membunuhnya (hukuman dilaksanakan oleh pemerintah sekiranya orang yang murtad itu tidak mahu kembali memeluk agama Islam) kerana mempersendakan agama Allah. Jdi pentingnya bagi hamba-hamba Allah kerana mahu melahirkan rasa rendah diri dan takut akan azab Allah. Dengan sifat-sifat inilah, maka akan terbentuklah peribadi seseorang yang sentiasa berserah di dan bergantung hidupnya kepada Allah Azza wa Jalla. Hari Pembalasan juga merupakan hari di mana pembuktian tentang keadilan Allah yang orang-orang kafir telah dustakan. Dunia ini hanyalah hamparan di mana manusia mencari bekalan untuk dibawa ke akhirat dan bukannya sebagai satu tempat berseronok.

5. ‘Kepada-Mu kami mengabdikan diri kami dan kepada-Mu lah kami minta pertolongan’

Huraian: Ingatlah, hanya kepadanyalah tempat pergantungan seluruh manusia kerana hanya dialah yang berkuasa menentukan sesuatu dan menjadikan sesuatu. Tiada pertolongan-Nya kepada orang yang mensyirikkan-Nya kerana Dia Maha Esa. Pertolongan hanya daripada yang maha Kuasa dan Allah lah yang Maha Kuasa. Kalau kita lihat konsep ‘trinity’ yang diamalkan kristian, kita dapat lihat yang konsep itu merupakan sesuatu yang menghina Allah yang Maha Suci. Kita dapat lihat ketika Isa yang dianggap sebagai salah seorang Tuhan telah melakuan perbuatan manusia seperti makan, minum, tidur, berjalan dan sebagainya. Itu hanyalah membawa kemurkaan Allah.

6. ‘Tunjukkanlah kami jalan yang lurus’

Huraian: Kami dalam ayat ini bukanlah ditujukan hanya kepada Muslimin, tetapi kaum-kaum yang beragama lain. Betapa Islam sayang akan kaum yang lain selain Islam. Nabi Muhammad S.A.W. sendiri pernah mendoakan orang-orang di Ta’if yang pernah membaling batu, menghalau dan menghalang dakwahnya di negeri itu. Agama Islam untuk semua, bukan untuk satu bangsa. Allah pernah berfirman, “Dan berdebatlah kamu dengan cara yang paling baik”. Jangan berasa bangga yang kita yakin kita telah berada di jalan yang lurus, tidak mustahil Allah matikan kita dengan su’il khatimah (kematian yang mengaibkan).

7. ‘Jalan yang Engkau beri nikmat ke atas mereka, dan bukan jalan yang Engkau murkai atas mereka, dan bukan pula jalan yang sesat’

Huraian: Mintalah kepada Allah agar ditetapkan hati ini di atas jalan orang-orang yang diberi rahmat dan nikmat ke atas mereka dan jauhkanlah hati ini daripada mengikut jalan yang menyimpang dari agama-Mu ini iaitu jalan orang yang Kau murkai ke atas mereka dan jalan-jalan yang sesat iaitu jalan syaitan-syaitan yang menghasut.

Inilah surah Al-Fatihah yang menjadi ummul kitab dan ummul Quran (ibu kitab dan ibu Quran) yang menjadi doa seorang Muslim yang mengerjakan solat lima kali sehari. Senjata yang paling utama umat Islam ialah doa. Walaupun berdoa beribu kali tetapi tidak nampak hasilnya, teruskan berdoa kerana doa adakalanya, lambat dimakbulkan, adakalanya, digantikan sebagai penolak musibah dan adakalanya, pahala doa itu sendiri akan dikumpul dan dipaparkan di hari akhirat nanti. Orang yang melihat pahala doanya akan berkata, lebih baik doa aku itu dikumpulkan di akhirat daripada dikabulkan di dunia.

CORETAN