Imam Ibnu Asakir, Imam al-Khatib dan Imam al-Hafiz al-Mizzi meriwayatkan sebuah hadis yang berbunyi: "Apabila akhir umat ini melaknat (generasi) awalnya, maka hendaklah orang-orang yang mempunyai ilmu pada ketika itu menzahirkan ilmunya, sesungguhnya orang yang menyembunyikan ilmu pada waktu tersebut seumpama seseorang yang menyembunyikan apa yang telah diwahyukan kepada (Sayyidina) Muhammad SAW!!!"

Tuesday, May 5, 2009

Petua Cinta Jarak Jauh


Bercinta jarak jauh bukan satu perkara yang mudah ditangani kerana
apabila orang yang begitu disayangi berada jauh dari sisi, hati merindu
dendam dan kepercayaan terhadap pasangan harus menebal agar tidak
dimamah cemburu ketika menunggu waktu untuk bersama kembali.


1. Jelas dengan Harapan dan Batasan
Sebelum bermula untuk meneroka dunia cinta jarak jauh, pasangan harus
mempunyai harapan dan batasan. Contoh,Pada 11 Mei 2009, Jaa terpaksa
ke Chanlun kerana mendapat tawaran matrikulasi. Teman lelakinya,
andika tidak boleh turut menemani kerana mempunyai komitmen kerja di
Kelantan dan mereka belum merancang untuk mendirikan rumahtangga
dalam tempoh yang terdekat. Untuk memulakan perhubungan cinta jarak
jauh mereka, Jaa dan andika membuat perjanjian untuk telefon at
least sekali sehari tidak kira bagaimana sibuk pun mereka. Mereka
berjanji tidak akan meluahkan masalah dengan teman lain yang berlainan
jantina kerana apabila berjauhan, hati vulnerable dengan perhatian yang
diberi orang lain. Jika mereka punya cuti, masing-masing akan cuba
untuk berjumpa. Jadi dengan mengenalpasti harapan dan batasan, pasangan
akan lebih memahami apa yang perlu dan apa yang jangan dilakukan ketika
berjauhan.

2. Menghargai Kebebasan
Jangan sentiasa murung dan berteman airmata ketika berjauhan akibat
dibuai rindu yang amat sangat. Dia berada jauh dari sisi, tentu sekali
perasaan rindu begitu kuat sekali tetapi jika rindu itu perlu diratap
sehingga membawa mati atau sekurang-kurang membutakan mata anda
sendiri, bukankah tidak wajar begitu? Ketika berjauhan daripada
pasangan anda, hargai kebebasan yang dikecapi dengan melakukan
aktiviti-aktiviti yang membuat anda ceria seperti menonton wayang
dengan teman-teman, membaca buku kegemaran ketika sunyi atau menonton
bola hingga lewat pagi. Andika yang berjauhan dengan teman wanitanya,
dia sering menghabiskan masa dengan X-box kerana dia tahu ketika dia
bersama dengan Jaa, X-box perlu disimpan dahulu. Menghargai kebebasan
ketika berjauhan akan membentuk diri anda untuk menjadi seorang
individu yang matang dan dalam pada masa yang sama membina komitmen
anda terhadap perhubungan.

3. Luahkan Perasaanmu
Kalau dekat-dekat terasa malu untuk meluahkan apa yang terpendam,
inilah masanya untuk intim dengan pasanganmu. Walaupun berada jauh
antara satu sama lain, kata-kata indah yang diluahkan boleh menjadi
penawar rindu anda kepada si dia. Sesekali guna balik pos biasa dengan
menghantar surat cara lama kepada pasangan anda berbanding dengan emel.
Nyatakan bagaimana perasaan anda terhadap pasangan anda di dalam surat
itu. “Ingat lagi masa kita baru jumpa dulu? Abang tak berani pandang
muka Jaa. Tapi Jaa suka tengok Abg malu-malu.” Luahkan apa yang
terpendam dan kongsikan perasaanmu bersama si dia kerana kata-kata
mampu memanah jiwa, memupuk asmara.

4. Percayalah….
Percaya perlu menebal dalam diri. Tak guna bertunjangkan cemburu dalam
melayari perhubungan jarak jauh. Perasaan prasangka dan tak percaya
hanya akan merosakkan perhubungan. Apabila menelefon,Jaa selalu
merengek kenapa mereka terpaksa berpisah dan betapa sukarnya
perhubungan jarak jauh. Daripada merungut tentang kesukaran apabila
berjauhan, mulakan perbualan dengan bertanya khabar tentang dia dan apa
aktiviti yang dia lakukan. Sentiasa ceria dan maintain positivity agar
anda tidak bosan walaupun berjauhan.

Secara ringkasnya,
bukan jarak yang menjadi sebab terputusnya hubungan, tetapi kurang
memahami pasangan dan kurang komitmen dalam perhubungan sering menjadi
faktor penyebab. Tidak ada apa yang perlu digusarkan apabila berjauhan
jika masing-masing komited dengan pasangan masing-masing dan berusaha
untuk memastikan perhubungan yang sihat dan berkekalan.

Cinta Mengikut Bulan Kelahiran

Sifat-sifat dalaman seseorang amat sukar diduga oleh sesiapapun.Kita mungkin boleh meneka, tapi jangan terlalu mengharap apa yang kita rasakan itu benar. Di sini dilampirkan sifat-sifat seseorang itu dengan bulan dia dilahirkan, ini hanyalah andaian sahaja, benar atau tidak, yang empunya diri lebih mengetahui kan.. :)

Januari
- Mudah jatuh cinta.
- Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicintai sekiranya dikhianati.
- Pandai mengambil hati pasangannya.
- Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya.
- Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya.
- Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya pasangannya cemburu terhadapnya.
- Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.
- ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja
——————————————————————

Februari
- Sukar untuk jatuh cinta .
- Amat hormat kepada pasangan.
- Amat suka memikat pasangan.
- Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.
- Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
- Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran(hanya pasangannya yang tahu) .
- Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan.
- Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.
—————————————————-

Mac
- Mudah menawan hati pasangannya.
- Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
- Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati.
- Sangat baik dalam menjaga perhubungan.
- Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
- Perasaan cemburu yang minima.
- Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
- Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras.
- Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.
—————————————————–

April
- Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta.
- Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai.
- Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.
- Sentiasa ingin diberi perhatian.
- Amat cemburu dalam perhubungan.
- Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.
- Emosi cepat terusik dan mudah terluka.
- Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.
- Romantik dan terlalu romantik.
- Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.
- Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.
———————————————————-

Mei
- Amat mudah jatuh cinta.
- Baik dan jujur dalam perhubungan.
- Pandai menarik hati pasangan.
- Perasaan cinta yang mendalam.
- Mudah untuk di pujuk.
- Mudah menerima cinta seseorang.
- Pilihan yang tepat dalam berpasangan.
- Nekad untuk menjaga hubungan yang baik.
- Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control atau King Control) .
- Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan.
- Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan.
- Ambil berat dalam menjaga hubungan.
———————————————-

Jun
- Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.
- Sukar melukai dan memahami hati pasangan.
- Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.
- Cerewet dalam hubungan.
- Selalu beremosi.
- Mudah merajuk dan mudah di pujuk.
- Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.
- Elok untuk menjadi Ibu yang baik.
- Dahagakan pujian dari pasangan.
——————————————–

Julai
- Amat suka didampingi pasangan.
- Sukar dimengerti oleh pasangan.
- Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan.
- Amat mudah dipujuk dan berterus terang.
- Amat menghargai kesetiaan pasangan.
- Mengambil berat dan mengasihi pasangan
- Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai.
- Mudah terluka dan lambat untuk pulih.
- Suka merajuk dan dipujuk.
- Setia terhadap pasangan.
- Suka mendengar dan tidak suka membantah.
- Cemburu terhadap pasangan.
- Suka menilai dan menjaga perhubungan.
————————————————-

Ogos
- Pandai memujuk pasangan
- Suka memimpin pasangan.
- Romantik, Pengasih dan Penyayang.
- Kelam kabut dalam perhubungan.
- Sangat sensitif .
- Mudah meluahkan kata cinta pada sesiapa yang berkenan.
————————————————–

September
- Bersopan dalam hubungan.
- bertolak ansur terhadap pasangan.
- Suka mengkritik pasangan.
- Sangat prihatin terhadap pasangan.
- Sangat sensitif dan emosi.
- Pandai memahami pasangan.
- Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan.
- Sukar melupakan sekiranya hati terluka.
- Mudah simpati dengan perasaan dan masalah pasangan.
- Pandai menyimpan perasaan.
- Suka berterus terang jika perkara itu tak disetujuinya.
——————————————————

Oktober
- Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.
- Suka disayangi dan menyayangi pasangan.
- Sopan terhadap pasangan.
- Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.
- Mudah terluka hati sekiranya pasangan ada melakukan kesalahan terhadapnya.
- Emosi yang mudah terusik.
- Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.
- Cemburu dan terlalu cemburu.
- Romantik
- Memahami pasangan.
———————————————-

November
- Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.
- Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa.
- Agak degil dan kuat pendirian.
- Mudah ambil berat terhadap pasangan.
- Emosi yang mendalam.
- Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.
———————————————-

Disember
- Pemurah terhadap perhubungan
- Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.
- Tergesa-gesa dalam perhubungan
- Suka didampingi oleh pasangan.
- Benci bila dikongkong.
- Berbakat untuk kahwin lebih dari satu.(Utk Lelaki)
- Suka mempengaruhi pasangan

Menduga Cinta Kekasih

APAKAH anda ingin mengetahui atau menduga sejauh mana pasangan mencintai anda? Berikut adalah petua mengetahui cinta pasangan anda.

Jika pasangan menunjukkan sikap seperti di bawah ini, itu membuktikan cintanya terhadap pasangan sungguh mendalam:

# Pasangan yang bercinta saling memberi perhatian antara satu sama lain. Selalu berbincang, berjenaka dan selalu bersikap lucu adalah satu komunikasi atau cara berkesan mengekalkan kebahagiaan.

# Mereka yang saling mencintai akan menunjukkan cintanya dengan tingkah laku yang lemah lembut setiap hari. Ia boleh ditunjukkan dengan membantu menyiapkan kerja peribadi dan berpasangan secara bersama.

# Pasangan akan mencurahkan cinta dan kasih sayang, mereka selalu mengucapkan sesuatu tentang cinta seperti sayang atau ‘I love you’ ataupun memanggil sesamanya nama kesayangan seperti sayang,lembu,mangkuk atau darling.

# Jika seseorang awek/pakwe betul-betul cinta terhadap mangkuknya, dia tidak akan melukai atau menyakiti pasangannya. Ia juga tidak mengungkapkan kata-kata yang menyinggung perasaan mangkuknya seperti: “Kamu tidak pandai mengurus badan” atau “Kamu terlalu gemuk atau kurus/awak ni bodoh mcm mangkuk..bodoh la awak.”

# mreka akan berhubungan dan berbicara secara baik dengan wajah yang berseri-seri dan sikap yang menyenangkan. Misalnya balak memeluk bini sambil berjalan kaki ketika bersiar-siar kemudian pelukan itu disambut baik oleh mangkuk.

# mangkuk atau hayun mencintai pasangannya sesungguh hati yang biasanya perasaan itu kekal dan stabil.

# Seorang pencinta biasanya seorang pendengar yang baik. Dia tidak akan berbicara atau memotong sebelum pasangannya habis berbicara. Dia akan berbicara apabila diminta untuk memberi cadangan.

# mreka sanggup menerima kekurangan pasangan. keldai yang sangat menyintai balaknya sanggup menerima hakikat keperibadiannya serta cara percakapan mangkuknya. Ia tidak sekadar menyintai mangkuknya kerana harta dan wang.

# Orang yang saling menyintai tidak akan berahsia antara satu sama lain tetapi selalu berkongsi suka dan duka untuk menyelesaikan masalah bersama.

# Pasangan yang bercinta sedar perkara yang merunsingkan perasaan pasangannya. Mereka mengerti perasaan masing-masing. Misalnya bini sedar jika menyampaikan masalah rumah tangga ketika lembunya letih akan menimbulkan kemarahan pasangannya.

Cinta…

Cinta itu tidak adil jika…
Bila seorang itu mengungkap kata cinta,
Seorang lagi terpaksa…

Cinta itu tidak jujur…
Bila seorang itu berjanji setia,
Seorang lagi berkata mungkin…

Cinta itu tidak benar…
Bila seorang itu mahukan segalanya bersama,
Seorang lagi mahukan sesuatu dalam masa tertentu…

Cinta itu tidak dongeng mahupun indah,
Seperti filem Cinta dan Cerekarama tv3,
Boleh dibina dalam sekali dua pertemuan,
Fakta, LOVE AT FIRST SIGHT itu bohong,
Pahatlah dalam benak kamu,
Rasa itu hanya nafsu,
Sensasi elektrik yang dirasa anggota fizikal badan,
Ketika mata bertemu, Anggota bersentuh,
Hanyalah perilaku hormon dan “dick tingling” seperti “Spidersense”.

Terimalah fakta dan hakikat.
Jika kamu cinta dia, dan dia mungkin cinta kamu,
Bukanlah cinta namanya,
Hanya hubungan berkepentingan…
BERKEPENTINGAN DAN KESEMPATAN!!!
Go figure…

Berhenti menulis dan mendengar lagu-lagu CINTA, ianya tipu…

CORETAN