Imam Ibnu Asakir, Imam al-Khatib dan Imam al-Hafiz al-Mizzi meriwayatkan sebuah hadis yang berbunyi: "Apabila akhir umat ini melaknat (generasi) awalnya, maka hendaklah orang-orang yang mempunyai ilmu pada ketika itu menzahirkan ilmunya, sesungguhnya orang yang menyembunyikan ilmu pada waktu tersebut seumpama seseorang yang menyembunyikan apa yang telah diwahyukan kepada (Sayyidina) Muhammad SAW!!!"

Tuesday, May 5, 2009

Petua Cinta Jarak Jauh


Bercinta jarak jauh bukan satu perkara yang mudah ditangani kerana
apabila orang yang begitu disayangi berada jauh dari sisi, hati merindu
dendam dan kepercayaan terhadap pasangan harus menebal agar tidak
dimamah cemburu ketika menunggu waktu untuk bersama kembali.


1. Jelas dengan Harapan dan Batasan
Sebelum bermula untuk meneroka dunia cinta jarak jauh, pasangan harus
mempunyai harapan dan batasan. Contoh,Pada 11 Mei 2009, Jaa terpaksa
ke Chanlun kerana mendapat tawaran matrikulasi. Teman lelakinya,
andika tidak boleh turut menemani kerana mempunyai komitmen kerja di
Kelantan dan mereka belum merancang untuk mendirikan rumahtangga
dalam tempoh yang terdekat. Untuk memulakan perhubungan cinta jarak
jauh mereka, Jaa dan andika membuat perjanjian untuk telefon at
least sekali sehari tidak kira bagaimana sibuk pun mereka. Mereka
berjanji tidak akan meluahkan masalah dengan teman lain yang berlainan
jantina kerana apabila berjauhan, hati vulnerable dengan perhatian yang
diberi orang lain. Jika mereka punya cuti, masing-masing akan cuba
untuk berjumpa. Jadi dengan mengenalpasti harapan dan batasan, pasangan
akan lebih memahami apa yang perlu dan apa yang jangan dilakukan ketika
berjauhan.

2. Menghargai Kebebasan
Jangan sentiasa murung dan berteman airmata ketika berjauhan akibat
dibuai rindu yang amat sangat. Dia berada jauh dari sisi, tentu sekali
perasaan rindu begitu kuat sekali tetapi jika rindu itu perlu diratap
sehingga membawa mati atau sekurang-kurang membutakan mata anda
sendiri, bukankah tidak wajar begitu? Ketika berjauhan daripada
pasangan anda, hargai kebebasan yang dikecapi dengan melakukan
aktiviti-aktiviti yang membuat anda ceria seperti menonton wayang
dengan teman-teman, membaca buku kegemaran ketika sunyi atau menonton
bola hingga lewat pagi. Andika yang berjauhan dengan teman wanitanya,
dia sering menghabiskan masa dengan X-box kerana dia tahu ketika dia
bersama dengan Jaa, X-box perlu disimpan dahulu. Menghargai kebebasan
ketika berjauhan akan membentuk diri anda untuk menjadi seorang
individu yang matang dan dalam pada masa yang sama membina komitmen
anda terhadap perhubungan.

3. Luahkan Perasaanmu
Kalau dekat-dekat terasa malu untuk meluahkan apa yang terpendam,
inilah masanya untuk intim dengan pasanganmu. Walaupun berada jauh
antara satu sama lain, kata-kata indah yang diluahkan boleh menjadi
penawar rindu anda kepada si dia. Sesekali guna balik pos biasa dengan
menghantar surat cara lama kepada pasangan anda berbanding dengan emel.
Nyatakan bagaimana perasaan anda terhadap pasangan anda di dalam surat
itu. “Ingat lagi masa kita baru jumpa dulu? Abang tak berani pandang
muka Jaa. Tapi Jaa suka tengok Abg malu-malu.” Luahkan apa yang
terpendam dan kongsikan perasaanmu bersama si dia kerana kata-kata
mampu memanah jiwa, memupuk asmara.

4. Percayalah….
Percaya perlu menebal dalam diri. Tak guna bertunjangkan cemburu dalam
melayari perhubungan jarak jauh. Perasaan prasangka dan tak percaya
hanya akan merosakkan perhubungan. Apabila menelefon,Jaa selalu
merengek kenapa mereka terpaksa berpisah dan betapa sukarnya
perhubungan jarak jauh. Daripada merungut tentang kesukaran apabila
berjauhan, mulakan perbualan dengan bertanya khabar tentang dia dan apa
aktiviti yang dia lakukan. Sentiasa ceria dan maintain positivity agar
anda tidak bosan walaupun berjauhan.

Secara ringkasnya,
bukan jarak yang menjadi sebab terputusnya hubungan, tetapi kurang
memahami pasangan dan kurang komitmen dalam perhubungan sering menjadi
faktor penyebab. Tidak ada apa yang perlu digusarkan apabila berjauhan
jika masing-masing komited dengan pasangan masing-masing dan berusaha
untuk memastikan perhubungan yang sihat dan berkekalan.

No comments:

CORETAN