Imam Ibnu Asakir, Imam al-Khatib dan Imam al-Hafiz al-Mizzi meriwayatkan sebuah hadis yang berbunyi: "Apabila akhir umat ini melaknat (generasi) awalnya, maka hendaklah orang-orang yang mempunyai ilmu pada ketika itu menzahirkan ilmunya, sesungguhnya orang yang menyembunyikan ilmu pada waktu tersebut seumpama seseorang yang menyembunyikan apa yang telah diwahyukan kepada (Sayyidina) Muhammad SAW!!!"

Thursday, December 2, 2010

Islam???

Islam??? Mungkin ada antara kita yang masih tidak tahu apa itu Islam sebenar, atau mungkin tidak tahu apa yang syumul dan sempurnanya Islam. Ada segelintir orang yang menganggap Islam itu hanyalah agama yang diturunkan oleh orang tua mereka. Mereka itu sama sahajalah dengan orang jahiliyyah Mekah. Apabila mereka (orang jahiliyyah Mekah) diajak untuk memeluk Islam, mereka mengatakan: “Bagaimana kami nak memeluk Islam sedangkan nenek-moyang kami melakukan apa yang kami lakukan…”. Jadi Islam itu bukanlah sekadar agama keturunan tetapi Islam itu adalah Din iaitu cara hidup seorang muslim berpandukan kitab Allah dan sunnah kekasih-Nya, Nabi Muhammad S.A.W. Turunnya agama Islam, maka terhapuslah segala agama-agama samawi (agama daripada Allah yang diturunkan kepada Nabi Daud, Musa (Moses) dan Isa (Jesus)) yang terdahulu.Kami (Muslim) tidak menganggap kaum-kaum lain sebagai sesuatu yang perlu dihapuskan. Tetapi kami menganggap mereka sebagai saudara kami kerana kita semua merupakan cucu-cicit Adam Alaihissalam.

Habis itu, kenapa pejuang Taliban menyerang Amerika? Satu soalan yang baik… kenapa??? Sebenarnya Islam tidak menyuruh orang Islam menyerang orang bukan Islam yang tidak bersalah… tetapi Islam munyuruh umatnya untuk menjalinkan ukhuwah bersama orang bukan Islam. Pejuang Taliban itu salah faham akan konsep jihad yang sebenarnya… Sebenarnya Islam tidak menyuruh begitu… Islam adalah agama kedamaian dan cintakan kasih-sayang. Kalau seseorang penganut Islam mencuri, adakah ia dikatakan berasal daripada agama yang dianutinya??? Semestinya tidak!!! Maksudnya di sini, Islam tidak menyuruh pejuang Taliban menyerang Amerika, tetapi pejuang-pejuang itu sendiri yang menggunakan dalil jihad itu sebagai satu alat untuk menyerang Amerika. Jihad hanya berlaku antara askar dengan askar. Tidak boleh membunuh wanita, bayi, orang tua, orang yang tidak berupaya, orang atau askar yang meletak senjata (menyerah diri) dan orang yang berada di dalam rumah yang berkunci dalam berjihad atau menakluki sesuatu kawasan. Now you see, betapa cantiknya dan indahnya Islam. Selain itu, askar Islam dilarang membakar rumah-rumah orang awam, rumah-rumah ibadat, kebun-kebun dan ladang-ladang dan menebang pokok. Nampak tak betapa Islam menjaga adab-adab dalam berjihad…

Jadi segala fitnah atau tohmahan-tohmahan yang mengaitkan Islam dengan agama radikal atau ganas itu sebenarnya satu pembohongan. Agama Islam adalah agama kedamaian dan tidak menyampaikan risalah suci daripada Allah dengan menggunakan mata pedang. Tujuan kita menakluki sesuatu kawasan yang bukan Islam sebenarnya adalah untuk menjaga rakyat yang Islam dan yang bukan Islam di bawah pemerintahan Islam yang adil. Selama rakyat bukan Islam membayar jizyah (cukai yang dikenakan kepada orang bukan Islam yang berada dalam negara Islam), selama itu jugalah rakyat bukan Islam dilindungi. Bagaimana tempoh pemerintahan Islam di Andalusia (Sepanyol) yang bertahan lebih 200 tahun adalah bukti pemerintahan Islam yang adil yang menarik hati rakyat Andalusia untuk memeluk Islam. Ruginya orang Islam apabila negara tersebut jatuh ke tangan Ratu Isabella selepas zaman kejatuhan kerajaan Andalusia.

No comments:

CORETAN