Imam Ibnu Asakir, Imam al-Khatib dan Imam al-Hafiz al-Mizzi meriwayatkan sebuah hadis yang berbunyi: "Apabila akhir umat ini melaknat (generasi) awalnya, maka hendaklah orang-orang yang mempunyai ilmu pada ketika itu menzahirkan ilmunya, sesungguhnya orang yang menyembunyikan ilmu pada waktu tersebut seumpama seseorang yang menyembunyikan apa yang telah diwahyukan kepada (Sayyidina) Muhammad SAW!!!"

Thursday, December 2, 2010

Jesus – Dongeng atau Fakta

Segala puji bagi Allah yang Maha Esa, Dia tiadalah anak dan juga tidak diperanakkan. Dialah pencipta alam semesta yang Maha Kuasa dan memenuhi sifat-sifat Tuhan, tiada kelemahan. Sesungguhnya tiada yang setanding dengan-Nya!

Megikut agama kristian, Jesus merupakan seorang nabi dan juga Tuhan. Baginda diutuskan untuk menebus dosa, manusia keseluruhannya. Mengikut agama kristian lagi, setiap manusia mempunyai dosa yang diwarisi oleh Adam dan Cain and Abel (Qabil dan Habil). Apabila Jesus disalib, maka terhapuslah dosa manusia, bukan sahaja kristian, tetapi seluruh umat manusia.

Islam menyebut bahawa Jesus (Isa A.S.) merupakan seorang manusia biasa yang diutuskan oleh Allah yang Maha Esa sebagai seorang nabi dan juga rasul. Tidak lebih daripada itu. Baginda adalah rasul terakhir yang diutuskan kepada Bani Israel. Islam percaya ada berlakunya proses penyaliban, tetapi itu bukan Jesus. Orang yang disalib itu adalah hawariyyun (anak-anak murid dan pengikut) Jesus yang ditukarkan muka serupa dengan wajah Jesus. Orang tersebut ditukarkan muka kerana berlaku khianat dengan memberitahu tempat persembunyian Jesus sewaktu diburu orang Yahudi.

Persoalannya, Jesus itu dongeng atau fakta?

Kalau kita sebagai seorang manusia yang mempunyai kewarasan akal fikiran, cuba kita fkirkan kenapa Jesus diutuskan?

Bible mengatakan bahawa Jesus diutus sebagai Anak Tuhan yang berfungsi sebagai penebus dosa seluruh manusia. Tuhan Bapa mengutuskan Jesus untuk menebus dosa seluruh manusia.

Kenapa Tuhan Bapa tidak mengampunkan terus dosa seluruh manusia sedangkan Dia boleh melakukan demikian? Mengapa Dia perlu mengorbankan Tuhan yang lain? Jikalau begitu, kenapa semasa Jesus dilahirkan baginda tidak terus disalib? Mengapakah Tuhan boleh dibunuh dengan tangan manusia?

Sahlah, Jesus seorang manusia!!!

Jika diberitahu Jesus sebagai penebus dosa, pastilah pengikut Jesus membunuhnya sejak awal lagi kerana apabila Jesus dibunuh maka terhapuslah segala dosa mereka.

Tetapi Jesus boleh menyembuhkan penyakit sopak, orang yang buta dan menghidupkan yang mati!

Itu sebenarnya kami sebagai umat Islam mengakuinya. Tetapi Jesus tidak pernah katakan yang ianya dilakukan oleh dirinya. Ianya datang daripada Allah. Nabi Muhammad pun pernah diberi mukjizat oleh Allah iaitu membelah bulan, pergi ke Palestin dari Mekah dalam satu malam, berjumpa dengan Allah dan sebagainya.

Mengapa Allah memberikan mukjizat kepada para rasul dan nabi?

Dia memberikan mukjizat kepada para nabi dan rasul sebagai keterangan kepada sesiapa yang ingkar. Sudah berapa kali Bani Israel menolak nabi mereka??? Nabi Zakaria digergaji hidup-hidup dalam sebatang pokok akibat perbuatan Bani Israel (Yahudi), Nabi Yahya dibelah otak oleh Bani Israel juga kerana kedua-duanya melarang Raja Herodus berkahwin dengan anak saudaranya. Ingat tak lagi apa yang Bani Israel buat kepada Jesus dalam satu temasya Asyura. Bani Israel menghalau Jesus kerana mengharamkan berjual beli di kawasan gereja. Oleh kerana kedegilan Bani Israellah Allah memberi Jesus mukjizat yang melebihi para nabi dan rasul yang lain.

Oleh kerana sebab mukjizat-mukjizat yang menyerupai sifat ketuhanan itulah, kaum Nasrani menganggap Jesus sebagai Anak Tuhan. Tetapi pada hakikatnya, Jesus merupakan seorang nabi dan rasul yang bernama Isa Al-Masih, dan bukannya sebagai seorang Tuhan.

No comments:

CORETAN