Imam Ibnu Asakir, Imam al-Khatib dan Imam al-Hafiz al-Mizzi meriwayatkan sebuah hadis yang berbunyi: "Apabila akhir umat ini melaknat (generasi) awalnya, maka hendaklah orang-orang yang mempunyai ilmu pada ketika itu menzahirkan ilmunya, sesungguhnya orang yang menyembunyikan ilmu pada waktu tersebut seumpama seseorang yang menyembunyikan apa yang telah diwahyukan kepada (Sayyidina) Muhammad SAW!!!"

Friday, February 27, 2009

Masalah Tidur

Aku sangat bermasalah dengan tidur ni.. aku yakin sape2 pn ade masalah yg sama. so aku post artikel ttg masalah tidur. hehe... jom sama2 amik maklumat..

Masalah tidur merujuk kepada keadaan apabila seseorang itu sukar untuk tidur, tidak dapat tidur nyenyak pada waktu malam, sentiasa merasa mengantuk walaupun tidur selama 8 jam atau lebih, sering terjaga terlalu awal, sering tersenguk-senguk walaupun dikhayalak ramai, dan tidak dapat menumpukan perhatian ketika melakukan sesuatu pekerjaan. Masalah ini akan menyebabkan anda berhadapan dengan keadaan yang berikut :-
  • Mempunyai mata yang bengkak disebabkan kekurangan tidur.
  • Sering merasa letih dan tertekan pada waktu pagi dan malam.
  • Sering tertidur ketika berada dikhayalak ramai.
  • Kurang aktif dan kurang mempunyai hubungan sosial.
  • Sukar untuk menumpukan kepada isu yang dibincangkan dan fikiran sering merawang kepada pekara lain.
  • Sering mendapat masalah kesihatan seperti kejang otot, sakit perut, pening, dan lain-lain.
  • Sukar tidur, sering terjaga malam, atau terjaga terlalu awal.
  • Takut waktu tidur kerana risau susah tidur.
  • Mudah tersinggung.
  • Mengambil ubat-ubatan dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
  • Sering menggunakan rokok, alkohol, ubat untuk menenangkan diri sebelum tidur.
  • Ketagihan kepada ubat penenang.
Jenis-jenis masalah tidur.

Jenis-jenis masalah tidur yang biasa didapati adalah seperti berikut :-

  1. Insomnia
  2. Berdengkur dan Apnea
  3. Narcolepsy
  4. Sindrom Kaki Resah (Restless Leg Syndrome (RLS))
  5. Masalah Pergerakan Anggota Berkala (Periodic Limb Movement Disorder (PLMD))
Akibat kurang tidur

Walaupun selama ini masalah tidur tidak dianggap sebagai masalah yang besar, kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa masalah tidur boleh membawa kepada masalah jantung. Dalam satu kajian dari tempoh 1996 sehingga 1998, dan diterbitkan dalam journal "Occupational and Environmental Medicine" keluaran Julai, terdapat bukti bahawa risiko mengalami serangan jantung berganda bagi mereka yang bekerja lebih daripada 60 jam seminggu dan tidak tidur seperti normal. Kajian itu membabitkan 260 lelaki berusia antara 40 - 79 tahun yang dimasukkan kedalam hospital disebabkan serangan jantung kali pertama. Kajian tersebut turut membabitkan kumpulan kawalan seramai 445 orang seusia tanpa penyakit jantung.

Kesemua peserta kajian menjawap soalan berkenaan jam bekerja seminggu, hati rehat, masa tidur harian untuk bulan lalu dan selama tahun lalu. Potensi risiko sakit jantung terperinci seperti gaya hidup, berat badan, dan kesihatan diri seperti darah tinggi, ketinggian kalesterol, dan kencing manis (diabetes).

Kajian mendapati lebih panjang waktu bekerja berkait dengan lebih sedikit hari rehat, dan lebih pendek waktu tidur termasuk waktu tidur kurang daripada 5 jam dalam kedua dua kumpulan. Bagaimanapun mereka yang ada sakit jantung bekerja lebih lama, kurang tidur, dan tidur kurang daripada lima jam lebih kerap berbanding mereka yang dalam kumpulan kawalan. Mereka yang bekerja melebihi 60 jam seminggu menggandakan risiko sakit jantung berbanding mereka yang bekerja 40 jam atau kurang seminggu.

Bagaimanapun pengkritik menyatakan kajian itu didasarkan kepada soaljawab peserta yang mungkin tidak dapat meningati dengan tepat tempoh mereka bekerja dan tempoh mereka tidur untuk setahun yang lalu. Selain itu, kajian dengan menggunakan tikus yang tidak dibenarkan tidur sehingga mati tidak menunjukkan sebarang kelainan pada jantung tikus tersebut. Kemungkinannya gabungan kurang waktu tidur dan kuat bekerja, meningkatkan tekanan darah dan kadar degupan jantung, mengakibatkan jantung tidak berfungsi dengan normal.

Oleh itu adalah penting bagi anda untuk menjaga tidur anda. Pastikan anda mendapatkan tidur yang mencukupi setiap malam. Sekiranya anda mengalami masalah tidur yang berpanjangan, sila rujuk kepada doktor untuk mendapatkan rawatan.

Rujukan

http://www.vcu.edu/sleepwell/disorders.html
http://www.prohealthnetwork.com/library/showarticle.cfm/ID/428/e/1/T/Health/

No comments:

CORETAN