Imam Ibnu Asakir, Imam al-Khatib dan Imam al-Hafiz al-Mizzi meriwayatkan sebuah hadis yang berbunyi: "Apabila akhir umat ini melaknat (generasi) awalnya, maka hendaklah orang-orang yang mempunyai ilmu pada ketika itu menzahirkan ilmunya, sesungguhnya orang yang menyembunyikan ilmu pada waktu tersebut seumpama seseorang yang menyembunyikan apa yang telah diwahyukan kepada (Sayyidina) Muhammad SAW!!!"

Sunday, February 22, 2009

RINDU ?? stop it..!!!!


kawe yakin anda semuo biaso mengalami perasaan rindu terutamanya apabila demo bersendirian.. Bagi mengelakkan perasaan rindu ni kawe usha n mendapat beberapa tips ini :-

praktik molek dehhh!!


a) Jangan terlalu kerap menghubungi individu yang dirindui. Ini bagi mengurangkan tahap sayang terhadap individu terbabit..


b) Sentiasa menyibukkan diri dengan aktiviti luar.. Dengan melakukan aktiviti luar sedikit sebanyak kerinduaan terhadap seseorang itu dapat dikurangkan.


c) Terdapat juga kes-kes mereka yang merindui orang yang telah pergi meninggalkan diri.. Kita seeloknya patut lebih realistik dengan kehidupan.. Cuba-cubalah mencari rakan-rakan yang baru bagi menggantikan yang telah pergi..


d) Bagi mereka yang belajar di luar negara sudah semestinya rindu pada kampung halaman menjadi sesuatu yang tidak dapat dielakkan.. Banyak-banyakkan berjalan dan melihat dunia ciptaan ALlah yang luas ini.


e) Berdoa dan sentiasa ingat kepada Tuhan. Bagi yang beragama Islam amat-amatlah digalakkan untuk beribadat samada solat, membaca Al-QUran, berdoa dan sebagainya. Ini sudah semestinya cara yang efektik dan sentiasalah merinduiNya… AMIN..


f) Mencari hobi yang mampu mengisi kekosongan perasaan rindu.. Anda boleh mencuba banyak hobi seperti melukis, menulis, origami dan sebagainya..

Harap-harap kito samo-samo mendapat manfaat dari apa yang ditulis.. cukup la duk kuchoh jiwo duk ngingat ore lain.. Sekian, salam rindu.. He he heh.. Terjiwang hari ni wakakakakkakkaa.. (aku sdiri malu tgk blog aku ni..)

1 comment:

mrsRons said...

nk join the club jiwa kacau la dehe

CORETAN