Imam Ibnu Asakir, Imam al-Khatib dan Imam al-Hafiz al-Mizzi meriwayatkan sebuah hadis yang berbunyi: "Apabila akhir umat ini melaknat (generasi) awalnya, maka hendaklah orang-orang yang mempunyai ilmu pada ketika itu menzahirkan ilmunya, sesungguhnya orang yang menyembunyikan ilmu pada waktu tersebut seumpama seseorang yang menyembunyikan apa yang telah diwahyukan kepada (Sayyidina) Muhammad SAW!!!"

Tuesday, August 3, 2010

YANG PEMIMPIN HARUS TAHU

"Satu perkara yang membezakan pemimpin dari pengikut ialah pemimpin bersungguh-sungguh membuat sesuatu supaya berlaku (go all out to make things happen) dan pengikut menunggu sesuatu akan berlaku.

Ada pula orang yang membahagi manusia kepada tiga golongan dalam berorganisasi:

  1. Orang-orang yang membuat sesuatu berlaku (those who make things happen)
  2. Orang-orang yang menunggu sesuatu akan berlaku (those who wait for something to happen)
  3. Orang-orang yang suka mengulas: "apa telah berlaku?"

Pemimpin sebenar adalah dari golongan pertama. Dia mesti mempunyai idea yang baik serta semangat dan kehendak yang tinggi untuk melaksanakan idea yang terpileh hingga berjaya.

Kekuatan lain yang perlu ada untuk menjadi pemimpin yang efektif ialah:

  1. Skills membuat keputusan yang tepat dengan masa dan suasana
  2. Skills mengurus perubahan.

Kadang-kadang pemimpin tidak perlu mempunyai ilmu yang terlalu tinggi tetapi dia perlu mempunyai skills menganalisa yang amat baik dan berpandangan luas lagi kritis. Dia hanya perlu bijak melontar soalan (probing skills) kepada orang-orang dibawahnya kemudian menganalisa jawapan mereka lalu memutuskan yang terbaik. Keputusan yang baik ialah yang dibuat betul dan tepat dengan masa yang diperlukan (right decision at the right time). Jangan sekali-sekali pemimpin membiarkan pengikut-pengikut menunggu sesuatu keputusan atau jawapan darinya. Kalau ini berlaku kita takut pengikut akan mengeluarkan keputusan mereka sendiri berdasarkan latar belakang masing-masing yang akhirnya menyebabkan sesuatu organisasi bercelaru.

Pemimpin perlu menganjurkan perubahan - bukan sekadar mengikut arus. Yang mengikut arus adalah pengikut. Mereka mengikut arus yang diciptakan oleh pemimpin.

Pemimpin perlu berani membuat perubahan. Perubahan sepatutnya berlaku secara pilihan dan dirancang bukan berlaku secara kebetulan. Pemimpin adalah pengurus perubahan. Disinilah sesorang pemimpin memerlukan skills mempengaruhi (influencing skills). Disebutkan juga bahawa 'mempengaruhi' adalah asas kepada kepimpinan. Kebolehan untuk memimpin adalah hasil dari kebolehan menghubungkan dan mempengaruhi orang-orang yang dipimpinnya. Menjadi kebiasaan apabila seseorang pemimpin yang dilantik apabila mendapati tidak lagi dapat mempengaruhi orang dibawahnya, maka dia dengan sukarela menarik diri. Dia tahu masanya telah sampai!

Golongan ketiga di atas iaitu orang yang suka bertanya dan membuat komen "apa sudah berlaku" pun penting dalam organisasi sekiranya dapat dikawal dan dipengaruhi dengan baik oleh para pemimpin. Mereka boleh dijadikan sumber untuk mengawal perjalanan organisasi. Walau bagaimana pun organisasi akan hancur sekiranya kalangan pemimpin terdiri dari golongan ketiga ini. Golongan kedua kalau menjadi pemimpin maka organisasi itu menjadi lembik dan pak turut kepada organisasi lain yang berpemimpinkan orang-orang dari golongan pertama - orang yang ingin melakukan sesuatu!.

Wallahu a'lam.

No comments:

CORETAN