Imam Ibnu Asakir, Imam al-Khatib dan Imam al-Hafiz al-Mizzi meriwayatkan sebuah hadis yang berbunyi: "Apabila akhir umat ini melaknat (generasi) awalnya, maka hendaklah orang-orang yang mempunyai ilmu pada ketika itu menzahirkan ilmunya, sesungguhnya orang yang menyembunyikan ilmu pada waktu tersebut seumpama seseorang yang menyembunyikan apa yang telah diwahyukan kepada (Sayyidina) Muhammad SAW!!!"

Monday, August 2, 2010

Keistimewaan Sheikh Qadir Al-Jilani

Bismillahir-Rahmanir-Rahim
Assalamu 'Alaikum wr wb

Kita semua telah mengetahui kemuliaan dan ketinggian Habibullah, Sufiyullah, Sahibul Asrar, Rahmat-Al-Alameen, Al-Mustafa Wal Murtadha, Muhammad Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam. Kemuliaan dan ketinggian Baginda Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam memenuhi seisi langit dan bumi.

Kita juga maklum kemuliaan dan keistimewaan yang diberikan oleh Allah Ta'ala kepada sekalian Ahlul-Bayyit Nabi yang suci serta sekalian Sahabat Nabi yang mulia.

Dikalangan sahabat Nabi, Khulafa Ar-Rashidin yang terpercaya Sayyidina Abu Bakr, Sayyidina Umar, Sayyidina Uhman dan Sayyidina 'Ali Ridhawanullah 'Alaihim Ajma'in menduduki tempat tertinggi dengan keistimewaaan masing2.

Sebagaimana Khulafa-Ar-Rashidin yang lain, Sayyidina 'Ali Karramallahu Wajhah memiliki keistimewaan yang tersendiri. Beliau adalah Ahlul Bayyit Nabi yang melalui keturunan beliau telah lahir puluhan ribu Ulama' Arifin, Aulia Allah yang memenuhi bumi ini dengan cahaya kebenaran Ilahiyyah dan Nubuwwah.

Salah seorang Ahlul-Bayyit yang masyur, yang unggul, adalah Ghawthul A'zham Shaikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani Radhiallahu Anh.


Berpegang teguhlah dengan 'Tali' Allah

ALAM SEMESTA MENJELANG SENJA
YANG DIJANJIKAN HAMPIR TIBA
SEGALA AULIA' MENUNGGU PERINTAH
MENGIBAR PANJI KEBESARAN ALLAH


KEISTIMEWAAN DAN KELEBIHAN SEWAKTU KECIL:

Didalam Qala'id Al-Jawahir, pengarangnya Shaikh Yahya Al-Tadhifi menyebut kelebihan2 shaikh sewaktu kecil seperti berikut :

Pertama:
Berketurunan Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi waSallam dikedua-dua pihak. Di pihak Bapanya melalui Sayyidina Hasaan Radhiallahu 'Anh sementara dipihak Ibunya melalui Sayyidina Hussain Radhiallahu 'Anh.

Ke2:
Kelahiran beliau disambut oleh tangan2 suci dan diraikan oleh Ruh-ruh suci.

ke3:
Di bulan Ramadhan tidak menyusu badan ibunya disiang hari. Cuma pada waktu malam.

Ke4:
Sangat matang, bijak dan pintar diwaktu kecil lagi. Tidak suka bermain-main seperti kanak-kanak lain pada usia kanak2.

ke5:
Berlaku peristiwa2 ajaib seperti dapat melihat jemaah haji sedang bertawaf di Mekah dari bumbung rumah beliau.

KETURUNAN MULIA DAN SUCI


Al-kisah..........
Abu Salih Jangi Dost, seorang pemuda yang sangat kuat taqwanya sedang duduk ditebing sungai, apabila dilihatnya sebiji buah epal terapung dipermukaan sungai. Beliau mencapai buah epal itu lalu memakannya. Selesai makan beliau tersedar dan berkata dalam hati, "Kemungkinan buah epal ini ada tuannya. Aku telah memakannya tanpa izin pemiliknya. Aku kena cari pemiliknya dan minta halal daripadanya"

Beliau mudik kehulu sungai...... Setelah lama berjalan kelihatan sebuah rumah dengan kebun buah epal ditepi sungai. kelihatan sabatang pokok epal condong ke arah sungai. Hatinya berbisik, "Kemungkinan buah epal yang aku makan tadi adalah dari pokok ini". Lalu beliau berjumpa tuan punya kebun. Tuan punya kebun itu adalah Shaikh Abdullah Sawma'I. Setelah memberi salam....

Abu Salih : Tuan, saya telah makan buah epal dari kebun tuan, yang mudik ke hilir sungai. Saya minta halal.!

Shaikh Sawma'I : (merenung wajah pemuda itu dengan tajam) Aku akan mema'afkan jika kamu memenuhi permintaan aku.

Abu Salih : Apa permintaan tuan?

Shaikh Sawma'I : Kamu mesti berkhadam kepada aku selama 2 tahun!

Abu Salih : (Setelah berfikir sekejap).....setuju. Insya Allah tuan. Saya akan berkhadam kepada tuan sebagaimana tuan kehendaki.!

Abu Salih adalah seorang hamba Allah yang wara' dan sangat kuat taqwanya. Beliau tak mahu sesuatu makanan yang tidak halal mengisi perutnya. Walaupun sebiji buah epal yang tidak halal baginya, cukup untuk menjadi soal dan perhitungan di Yaumul Mahsyar! ....

Namun!......... tebusan untuk menggantikan sebiji buah epal dengan berkhadam selama 2 tahun. .....!!!

Masya Allah! Rasanya tak sanggup kita membuat pengorbanan demikian, semata2 kerana sebiji buah epal....kena berkhidmat selama 2 tahun.! Betapa mulia dan sucinya hati pemuda ini.!

Masya Allah!

Setelah berkhidmat selama 2 tahun....pada hari terakhir Abu Salih meminta izin untuk pulang.

Abu Salih : Tuan, saya telah berkhidmat selama yang tuan kehendaki. Saya minta izin pulang.

Shaikh Sawma'I : Aku akan halalkan jika kamu berkhidmat selama 2 tahun lagi.

Abu Salih : Baiklah saya akan berkhidmat sebagaimana tuan kehendaki!

Setelah selesai 2 tahun lagi berkhidmat, Abu Salih mohon izin pulang.

Shaikh Sawma'I : Aku akan halalkan jika kamu setuju mengahwini anak aku! Tetapi keadaan dia buta, tuli dan kudung! Sudikah kamu memenuhi syarat terakhir ku ini?

Abu Salih : (agak lama termenung......jika buta dan tuli boleh lagi tetapi kudung pulak.......macamana aku nak hidup dengan wanita seperti ini.....hati kecilnya berbisik! Tetapi beliau teringat akan tebusan nya kerana memakan sebiji epal dan janjinya kepada Shaikh Sawma'I, maka akhirnya beliau pun setuju dengan tidak sedikitpun kekesalan)

Masya Allah!
Pengorbanan ini.........bagaimana nak lukiskan!???
Apa kata yang dapat menghuraikan keindahan hati sucinya?
Seorang pemuda kacak dan tampan sanggup merelakan diri mengahwini seorang wanita yang buta, pekak dan kudung!!!

Masya Allah!

Apa pengorbanan ini......seorang pemuda kacak dan sempurna anggotanya sanggup mengahwini seorang wanita yang dikatakan buta, bisu, pekak dan kudung.!

Hari perkahwinan tiba!
Setelah selesai 'aqad nikah, pengantin lelaki Abu Salih dibawa berjumpa dengan pengantin perempuan.

Sebaik saja masuk ke bilik pengantin perempuan, dilihatnya seorang wanita yang sangat cantik berseri-seri wajahnya. Matanya yang bersinar2 menunjukkan dia bukan buta! Kaki dan tangannya sangat sempurna. Dia memberi salam, Assalamu 'Alaikum", Dengan senyuman wanita itu menjawab dengan suara yang lunak, "Wa Alaikumussalam, suamiku".!!!

Maka terkejutlah Abu Salih, kerana wanita itu tidak serupa sebagaimana yang digambarkan oleh ayahnya, Shaikh Sawma'I. Dia bukan buta, bukan pekak dan tidak bisu. Dia juga mempunyai anggota badan yang sempurna.! Lalu segeralah dia mendapatkan Mertuanya, Shaikh Sawma'I, inginkah penjelasan!

Shaikh Sawma'I menyambut menantunya dengan penuh senyuman kerana beliau memang sudah menjangka akan kedatangan Abu Salih, inginkan penjelasan!

Shaikh Sawma'I : Aku bersyukur kerana dari awal lagi aku sudah mengetahui engkau adalah seorang yang sangat jujur dan
salih. Sebab itu aku telah memutuskan untuk mengahwinkan anak aku dengan engkau.

Abu Salih : Tetapi bukankah Ayahanda menyebut puteri tuan.........

Shaikh Sawma'I : Ya benar...! Aku menyebut puteri aku Ummul Khair Fatimah, buta sebab dia tak pernah melihat lelaki lain selain dari ayahanda
dia. Aku menyebut dia pekak sebab dia tak pernah mendengar perkara2 yang haram. Aku menyebut dia
bisu kerana dia tak pernah menyebut yang keji2 atau mengumpat orang lain. Aku menyebut dia kudung
kerana tangan dan kakinya tak pernah melakukan sesuatu maksiat atau sesuatu yang haram.!!!


..............
Ya....kini kita faham betapa sucinya kedua pasangan ini......Ummul Khair Fatimah dan Abu Salih Jangi Dost.

Abu Salih Jangi Dost dan Ummul Khair Fatimah adalah bapa dan ibu kepada seorang insan suci yang lahir dari keturunan mereka, Abdul Qadir Jilani Radhiallahu 'Anh yang telah menghidupkan semula agama (Muhyiddin) yang dibawa oleh Junjungan besar Muhammad Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam.

JINN DAN IBLIS MENGAKU KALAH

Shaikh Abdul Qadir Jilani Radhiallahu Anh, setelah menguasai seluruh Ilmu-Ilmu Islam daripada Tafsir, Imu Hadis, Fiqh, Tauhid dan lain2 nya sehingga mencapai kedudukan Mujtahid dan boleh memberi fatwa dalam keempat2 Mazhab, beliau teruskan perjalanan dan perjuangan didalam jalan ma’rifat ketuhanan.

Beliau mengasingkan diri dari manusia umum di beberapa kawasan runtuhan sekitar kota Baghdad. Beliau menghabiskan masa selama 25 tahun di sana beramal dan mujahadah melawan hawa nafsu mengikut prinsip2 dan adab Toriqah Sufiyyah.

Dari kitab Qala’id Al-jawahir…..

Shaikh ‘Uthman as-Sarafini menukilkan kisah ini daripada Shaikh dengan berkata : Aku mendengar sayyidi kami, Shaikh Abdul Qadir Jilani Radhiallahu Anh berkata :

“Aku duduk di persekitaran runtuhan Kota Baghada siang dan malam. Jinn suka menghampiri aku dengan dengan berbagai rupa dan pangkat, menyamar sebagai manusia. Mereka akan menyerang aku dengan berbagai senjata dan menyembur aku dengan api. Dalam keadaan demikian pun, aku melihat keteguhan keyaqinan dalam hati yang luar kemampuan untuk di nyatakan dengan kata2. Aku mendengar suatu suara berkata jauh didalam batinku, “Ya, Abdul Qadir ; Bangun dan serang mereka (jinn) itu, kerana Kami telah menanamkan kekuatan luarbiasa dalam diri kamu yang tak dapat dikalahkan. Dan Kami telah datang untuk menyokong kamu dengan bantuan tentera yang tersembunyi”

Memang benar sebaik sahaja aku bangun menyerang mereka (jinn2) itu, mereka akn lari lintang pukang, pulang dari mana mereka datang.”

“Kemudian seekor jinn akan datang bersendirian dan berkata: Pergi dari sini atau aku akan buat ini dan itu kepada kamu. Dia memberi amaran dan cuba menakut2kan aku, tetapi aku menampar dia, lalu aku membaca : Tiada daya upaya melainkan Allah….kemudian aku melihat dia terbakar

Satu ketika lain, aku di datangi satu lembaga yang rupanya sangat buruk dan menjijikkan, dia berkata : “Aku Iblis. Aku datang untuk berkhadam kepada engkau kerana engkau telah menggagalkan semua rancangan dan usaha aku dan engkau telah binasakan semua usaha kucu2 aku. Aku berkata kepada Iblis, “Nyah engkau dari sini kerana aku tak percaya pada engkau.” Pada masa itu satu tangan turun dari atas lalu menghentam kepala dia….menyebabkan Iblis itu jatuh tersungkur ke bumi.

Kemudian Iblis datang kepadaku kali ke2, cuba menyerang aku dengan anak panah berapi. Ketika itu, seorang lelaki memakai penutup muka muncul menaiki seekor kuda dan menghulurkan sebilah pedang kepadaku. Iblis serta merta berundur!

Kali ke3 aku melihat dia, dia sedang duduk agak jauh dariku, mengesat airmata dia dan menyapu debu atas kepala dia. Iblis berkata : Aku telah putus asa dengan engkau ya Abdul Qadir! Aku memberi amaran keras lepada dia, “Pergi engkau dari sini wahai engkau yang dilaknat Allah.”

>>>>>>>>>>>
Ditempat lain dikisahkan setelah berputus asa menggoda dan menyusahkan Shaikh Abdul Qadir Jilani, Iblis menyamar sebagai satu cahaya yang Sangat terang benderang dan sangat menarik, lalu muncul dihadapan Shaikh seraya berkata:
“Ya Abdul Qadir, aku Tuhanmu. Oleh kerana engkau telah bersungguh2 mujahdah padaku maka pada hari ini aku telah menghalalkan bagi kamu segala yang aku haramkan.!!!”

Maka segera Shaikh menyahut, “A’uzhu Billahi Mina-asy-Syaitanir-Rajim”, nyahlah engkau wahai Iblis yang dilaknat”
Ketika itu cahaya seperti kepulan awan itu bertukar menjadi asap. Dan terlihatlah Iblis. Lalu Iblis itu berkata, “Ya Abdul Qadir, bagaimana engkau tahu aku Iblis?” sedangkan berapa banyak orang alim yang telah aku sesatkan sebelum kamu dengan cara ini.”

Shaikh menjawab, “Allah Ta’ala telah menyatakan hukum di dalam Al-Qur’an. Dan dia tidak pernah menghalalkan yang haram”. Maka aku tahu tentu engkau Iblis.

Iblis menjawab, “Engkau telah selamat disebabkan ketinggian ilmu engkau”

Shaikh menjawab balik, “Binasalah engkau. Aku terselamat bukan kerana ilmuku tetapi kerana Rahmat Tuhanku”

Maka kembalilah Iblis berputus asa tak dapat menggoda Shaikh Abdul Qadir Jilani Radhiallahu ‘Anh.


Berpegang teguhlah dengan 'Tali' Allah

MUJADDID ZAMAN

Ketika Shaikh Muhyidddin Abdul Qadir Jilani Radhiallahu 'Anh keluar ke muka masyarakat umum beliau sudah mencapai umur 51 tahun.

Syarahan dan pidato beliau mendapat perhatian umum. Pendekatan dan dan kaedah penyampaian sangat berlainan dari yang pernah didengari. Setiap syarahan di penuhi ribuan manusia dari berbagai pangkat dan kaum.

Ucapan2 beliau sungguh luarbiasa, penuh bertenaga masuk kedalam jiwa pendengarnya dan menggoncangnya dengan goncangan yang sangat kuat. Ia bagaikan halilintar membelah bumi. Membunuh kemegahan dan kesombongan nafsu.!

Tidak ada yang menghadiri syarahan beliau melainkan pasti meinitiskan air mata penuh penyesalan dan taubat kepada Allah Ta'ala. Manusia2 dari agama kristian, yahudi turut membanjiri syarahan beliau dan kembali sebagai orang Islam.



Dari Qala'id Al-Jawahir di sebutkan....

Mengislamkan lebih 5,000 orang kristian dan Yahudi. 100,000 orang penyamun dan pembunuh bertaubat menjadi solihin.


Shaykh ‘Abd'al-Qadir al-Jilani, (Radi Allahu ta'ala‘Anhu) as the model of a Sufi saint, through his nasiha, azkaar and salawaat, through giving a living reality to Islam, in his complete surrender to the Will of Allah (Subhanhu wa ta'ala) and in his showing of tawakkul (trust in Allah) and through his teaching and preaching converted more than five thousand Jews and Christians to Islam while more than a hundred thousand ruffians, outlaws, murderers, thieves and bandits repented and became devout Muslims and gentle dervishes, explains Shaykh Tosun Bayrak al-Jerrahi al-Halveti in his “Introduction” to the translation of Sirr al-Asrar (The Secret of Secrets, p XXXI). Shaykh ‘Abd'al-Qadir al-Jilani (Radi Allahu ta'ala‘Anhu) says in the 35th Discourse (khutba) in Al-Fath-ur-Rabbani (The Endowment of Divine Grace) that this was among the blessings of our beloved Prophet Muhammad, peace and blessings of Allah be upon him.

[ Shaikh Abdul Qodir R.A sebagai kekasih Allah melalui nasihat-nasihat, zikir dan solawat serta penyerahan mutlaq kepada Allah Taala, telah mengislamkan lebih 5,000 orang Kristian dan Yahudi dan lebih 100,000 orang penyamun, pembunuh, perompak telah bertaubat melalui tangan beliau dan berubah menjadi orang yang alim dan taqwa. ]

SUMBANGAN TIDAK TERHINGGA SHAIKH MUHYIDDIN KEPADA DUNIA ISLAM

Perkataan atau ucapan tidak akan mampu memberi gambaran betapa besarnya sumbangan Ghawthul A'zham Shaikh Muhyiddin Abdul Qodir Jilani Radhiallahu 'Anh kepada dunia Islam. Sesungguhnya jasa2 beliau terus menerus mengalir sehingga kini dan akan mengalir lagi kepada seluruh Insan diatas muka bumi hingga hari Qiamat.

Sebahagian jasa2 beliau yang di sebutkan didalam Qala'id Al-Jawahir dinukilkan di sini :

1. MENEGAKKAN AQIDAH YANG HAQ

2. MENGISLAMKAN LEBIH 5,000 ORANG KRISTIAN DAN YAHUDI

3. LEBIH 100,000 ORANG PEROMPAK, PEMBUNUH, PENYAMUN BERTAUBAT DAN MENJADI ORANG2 SOLEH

4. LEBIH 1,000 ORANG MURID BELIAU MENJADI AULIA' ALLAH MENYEBARKAN DEEN ISLAM KE SELURUH DUNIA

5. SEBAR LUASKAN AMALAN TORIQAT SUFIYYAH TERUTAMA TORIQAT QADIRIYYAH (DIAMBIL SEMPENA NAMA BELIAU 'ABDUL QADIR') YANG TERUS DI AMALKAN OLEH MASYARKAT ISLAM SELURUH DUNIA SEHINGGA KE HARI INI.

6. MENYUSUN SOLAWAT, ZIKIR DAN DOA SEBAGAI AMALAN HARIAN. DIKATAKAN BELIAU ADALAH AULIA' ALLAH YANG PALING BANYAK BERSOLAWAT ATAS NABI SEHINGGA SELURUH BACAAN SOLAWAT BELIAU DI HIMPUNKAN MENJADI BEBERAPA BUAH KITAB YANG BESAR MANFAATNYA.

7. SYARAHAN DAN NASIHAT BELIAU DI HIMPUNKAN MENJADI KITAB2 TASAWWUF YANG SANGAT BERHARGA DAN TINGGI ILMUNYA. IANYA MENJADI RUJUKAN BAGI SELURUH UMMAT ISLAM YANG INGIN MENDALAMI ILMU TASAWWUF DAN ILMU MA'RIFAT.

Sesungguhnya beliau telah benar2 mencontohi keperibadian Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi WaSallam dalam menyebarkan Agama Tauhid kepada Ummat sejagat.

PENGISYTIHARAN SEDUNIA - TAPAK KAKI AKU DITENGKUK SEKALIAN WALI ALLAH


Dari Qala'id Al-Jawahir disebutkan riwayat daripada Al-Hafiz,

Kita menerima perkhabaran ini daripada Al-Hafiz Abu 'l-'Izz 'Abd al-Mughith ibn Harb al-Baghdadi berserta beberapa perkhabaran yang serupa sepertinya yang menyebutkan :

"Kami hadir dalam satu Majlis Shaikh Abdul Qadir Jilani Radhiallahu 'Anh yang diadakan di Ribat beliau. Hampir kesemua Shaikh2 di negeri Iraq hadir didalam Majlis tersebut pada hari berkenaan. Sebahagian yang hadir disebut nama2 mereka di sini, antara lain:

*Shaikh 'Ali ibn al-Haiti *Shaikh Baqa ibn ibn Batu *Shaikh Abu Sa'id al-Qilawi *Shaikh Musa ibn Mahin (atau: Mahan) *Shaikh Abu 'n-Najib as-Suhrawardi *Shaikh Abu 'l-Karam *Shaikh Abu 'Umar wa 'Uthman al-Qurashi *Shaikh Mukarim al-Akbar [the Senior] *Shaikh Matir *Shaikh Jagir *Shaikh Khalifa *Shaikh Sadaqa *Shaikh Yahya al-Murta'ish *Shaikh ad-Ziya Ibrahim al-Jawni *Shaikh Abu 'Abdi'llah Muhammad al-Qazwini *Shaikh Abu 'Umar wa 'Uthman al-Bata'ihi *Shaikh Qadib al-Ban *Shaikh Abu 'l-'Abbas Ahmad al-Yamani *Shaikh Abu 'l-'Abbas ash-Shawki () *Shaikh Sultan al-Muzayyin *Shaikh Abu Bakr ash-Shaibani *Shaikh Abu 'l-'Abbas Ahmad ibn al-Ustadh *Shaikh Abu Muhammad al-Kawsaj *Shaikh Mubarak al-Humairi *Shaikh Abu 'l-Barakat *Shaikh 'Abd al-Qadir al-Baghdadi *Shaikh Abu 's-Sa'ud al-'Attar *Shaikh Abu 'Abdi'llah al-Awani *Shaikh Abu 'l-Qasim al-Bazzar *Shaikh Shihab 'Umar as-Suhrawardi *Shaikh Abu 'l-Baqa al-Baqqal *Shaikh Abu Hafs al-Ghazali *Shaikh Abu Muhammad al-Farisi *Shaikh Abu Muhammad al-Ya'qubi *Shaikh Abu Hafs al-Kimani *Shaikh Abu Bakr al-Muzayyin *Shaikh Jamil Sahib al-Khatwa wa 'z-Za'qa ['Owner of the Stride and the Scream'] *Shaikh Abu 'Amr as-Sirafini *Shaikh Abu 'l-Hasan al-Jawsaqi *Shaikh Abu Muhammad al-Huraimi *Shaikh al-Qadi [the Judge] Abu Ya'la al-Farra'.

Ramai lagi yang hadir dalam Majlis tersebut. Ketika Shaikh Abdul Qadir Jilani Radhiallahu 'Anh berucap, diri beliau dalam keadaan penuh kesedaran (bukan Fana - pent.) beliau berkata :

[qadami hadhihi 'ala raqabati kulli waliyyin li'llah].'

"Tapak kaki ku di tengkuk sekalian Wali Allah"

Shaikh Ali ibn Al-Haiti segera bangun, memanjat tangga ke tempat duduk Shaikh Abdul Qadir Jilani lantas memegang kaki Shaikh lalu diletakkannya ditengkuknya. Shaikh2 yang lain turut melakukan seperti demikian!

Hadith Sahih Muslim

2516: Dari Abdurrahman bin Abu Bakrah,dari bapaknya r.a.,katanya seorang lelaki
yang memuji orang lain dekat nabi saw...Lalu nabi saw.berkata kepadanya..
"Celaka kamu.Bererti kamu memenggal kepala saudara mu,.

Kata2 itu diucapkan beliau berulang kali.Apabila seseorang kamu memuji saudaranya
seharusnya dia berkata: "Cukuplah bagi si fulan Allah saja yg.menilainya.Tidak ada yg.
lebih layak menilai selain Allah.Walaupun teman atau pengikutnya tahu sifulan itu
begini dan begitu.

2517: Dari Hammam bin Harits,r.a: katanya ada seorang lelaki memuji Uthman,lalu berdiri
Miqdad ke dekat orang itu. Sedang orang tersebut tinggi besar,....maka di serak kannya
muka orang itu dengan tanah.

Kata Uthman,...kenapa kamu lakukan sedemikian. hai Miqdad ?
Jawab Miqdad..."Rasulallah saw.telah bersabda....."Apabila kamu melihat
seseorang memuji muji temannya,..serakkan tanah kemukanya".


Apakah wajar cerita2 seperti dikisahkan tentang kemuliaan syekh diatas digembar gemburkan
dan keterlaluan.
Kalau salah harap betulkan.

***sumber ilmu dari : http://www.bicaramuslim.com

No comments:

CORETAN