Imam Ibnu Asakir, Imam al-Khatib dan Imam al-Hafiz al-Mizzi meriwayatkan sebuah hadis yang berbunyi: "Apabila akhir umat ini melaknat (generasi) awalnya, maka hendaklah orang-orang yang mempunyai ilmu pada ketika itu menzahirkan ilmunya, sesungguhnya orang yang menyembunyikan ilmu pada waktu tersebut seumpama seseorang yang menyembunyikan apa yang telah diwahyukan kepada (Sayyidina) Muhammad SAW!!!"

Saturday, October 31, 2009

Frust? Kecewa? Depress? .. dah rasa nak mati dah?

Life ni pada mulanya smooth jer sampailah suatu masa gelombang ni melanda dalam hidup kita. Jatuh tersembam. Rasa macam dah nak mampus, rasa takde nilai.. Ups and downs are part of life dan nothing we can do to change it. Things that we desire the most are not given to us and what we get is not what we desire.. cewah.

Tak ada salahnya kalau kita gagal, orang kata kegagalan itu mengajar aku jadi semakin matang. Tengok sekeling, tengok ayam ka, itik ka, burung ka.. menatang tu pun sama jugak macam kita, cuma dia orang tak gi sekolah jer. Hari-hari cari makanan sebab nak teruskan hidup, ada masa dia orang menatang tu dapat makanan dan ada kalanya fail jugak.. tetapi kalau menatang tu start berfikir inilah process kehidupan yang tidak akan mendatangkan makanan, maka mereka juga akan mampuss..

Seandainya kita jatuh tersemban, ingatlah hanya ada satu jalan untuk kita, bangun semula.

Rilex bro it’s not the end of the world..

Fail in exam? Hmm.. aku pun pernah alami pekara yang sama, tapi tak lah teruk sangat lah. Masa UITM machang dulu aku pun pernah rejected, CGPA 1.43 :) .. rasa malu pun ada, bersalah pun ada, keciwa, depress semua ada bila tengok member-member lain proceed to next level. Kalau aku rasa dah gagal sangat dah, putus asa itu semua, tak mungkin aku boleh jadi seperti hari ni. So kalau setakat fail dalam exam tu, takpa fail la banyak kali pun tak pa, tapi mesti kena amik banyak kali juga sampai lah pass. Kawan aku masa SMPG dulu, SPM punya result hancuss bro.. so mungkin di atas rasa ‘aku tak akan jatuh’ maka dia amik semula SPM, sekolah private. Bila result diumumkan gezzzz.. dia dapat 1st grade, sampai kan add math pun dia dapat 1. .. bayangkan.

Aku pernah terbaca satu cerita lah, entah betul entah tidak. Wallahuaklam. Ada seorang lelaki ni cuba dalam business. Dia bukak business ini, tapi akhirnya dia fail, buat business baru fail juga, buat lagi business lain, fail juga.. at last dia menulis sebuah buku, tajuknya “Kenapa saya gagal”. Gezzzz bukunya mendapat sambutan yang tinggi dan akhirnya dia jadi millionaire.. hmmm.. macamana andainya dia stop berfikir untuk terus bangun..

Tak kira lah apa saja bala atau malapetaka yang datang, bangun la semula. Gagal dalam kerja ke, business ke, frust dalam rumahtangga ke, frust dalam bercinta ke.. Ppppffffff…!! Frust dalam bercinta tak kemananya lah.. bangun lah cari yang lain. Bukan dia jer yang ada, ramai lagi yang hensem yang cantik yang baik budi pekerti. Harap muka je cantik, perangai macam sundal buat apa. Baik lah cari muka macam muka macam tak siap tapi mempunyai akhlak yang baik. Jangan la duk percaya sangat pada kerlipan neon tu.. kosong bro.. kosong dan hampeh.. cap ayam dan kelabu asap. Kalau nak cari gf ka, calun laki bini ka, atau kekasih gelap sekali pun, alang-alang cari biar puas hati.. kalau yang menyusahkan jiwa, penipu, jenis kikis duit ni suruh dia pergi mampus lah..

Takpa, sekali aku jatuh bukan selamanya aku jatuh dan aku tak akan sesekali berak atas muka orang yang lastik aku tu. What goes around comes around bro..

Hari ini aku pun mengalami situasi yang sama, tapi aku tahu ‘aku tak akan jatuh’ insyallah. So berpegang kepada Qada dan Qadar ketentuan dariNya, its OK aku akan bangun semula. Kalau aku ni macam burung, aku sudah terbang tinggi tapi aku tersilap lalu jatuh tersembam atas tanah, ada orang lastik aku. Takpa, sekali aku jatuh bukan selamanya aku jatuh dan aku tak akan sesekali berak atas muka orang yang lastik aku tu. What goes around comes around bro..

Well, yes aku sakit. Tapi aku OK, tak kisah punya. Ubat ada. Kan ku repair sayap-sayap yang patah ini, align semula, kasi balancing sikit, pasang side mirror err dulu takde side mirror pasal tu aku tak perasan.. he he he .. study semula buat homework kenapa aku terjatuh sedangkan aku boleh elak batu yang dilastik kan pada aku. Aku tak salahkan penjahat kabaret tu, aku pun buat salah, aku pun kadang-kadang mengarut, kadang-kadang hanyut, kadang-kadang aku ex nak mampus.. kan ku lihat kebelakang fikir dan fikir semula apa yang dah aku lakukan.. tak pa.. dan tau takpa.

Terima kasih kerana melastik aku, aku tahu ada hikmahnya..

1 comment:

HELME said...
This comment has been removed by a blog administrator.

CORETAN